Kebaikan Kolostrum Awal Untuk Anak

Sebaik bayi lahir ke dunia, apa yang paling awal anda lakukan? Majoriti ibu akan memberikan susu ibu yang pertama kepada bayi yang baharu menjengah dunia. Tahukah anda bahawa penyusuan awal adalah sesuatu yang penting kepada bayi. Ini kerana susu awal ibu mengandungi kolostrum yang terkenal kaya dengan khasiat luar biasa kepada bayi.

SUSU IBU


Oleh itu adalah wajar bagi ibu untuk terus menyusukan bayi sebaik melahirkannya kerana ketika itu perut bayi masih kosong dan susu awal yang masuk ke dalam perutnya dapat memenuhi keperluan khasiatnya.

Walaupun demikian, tentu sahaja ibu berasa hairan dan terfikir bagaimana si kecil yang baharu keluar dari perut ibu sudah pandai menyedut susu ibu. Hal ini terjadi kerana bayi sememangnya lahir dengan mempunyai keinginan untuk menyusu. Oleh itu bayi secara automatik mampu menyedut susu ibu yang diberikan kepadanya.

Kemampuan tersebut memberikan manfaat kepada bayi anda kerana secara langsung dia akan menyedut kolostrum yang kaya dengan khasiat seterusnya menikmati manfaat awal daripada susu ibu yang paling awal untuk sistem imun badannya.

Bayangkan sekiranya bayi tidak memiliki kemampuan untuk menyusu dan anda sendiri tidak mengetahui tentang khasiat susu awal tersebut pasti kerugian kepada anda berdua kerana kolostrum berwarna kekuningan tersebut dibiarkan terbuang begitu sahaja.

Oleh itu penting bagi ibu-ibu mengetahui tentang kepentingan memberikan bayi susu seawal kelahirannya agar si kecil mendapat kebaikan kolostrum yang sangat hebat itu.

Pernah tak anda perasan, selepas anda bersalin, ketika anda memerah payudara anda, keluarnya cecair kuning yang meragukan hati anda, sehingga terdetik di hati,

“eh, kenapa susu ni warna lain yer… entah elok, entah tidak untuk di beri pada anak saya..?”

” kenaper susu ni, bukan warna putih yer….?”

KOLOSTRUM


Malahan, ia disusuli oleh wanita yg menjaga anda semasa itu, menasihatkan anda untuk membuang susu tersebut, dan memberitahu bahawa ia adalah susu basi?

Saya pasti, walaupun bukan semua para ibu, pasti ada yang mengalami situasi di atas..

Tahukah anda, cecair tersebut di panggil sebagai kolostrum? Kolostrum ini adalah susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan 3 hari pertama selepas kelahiran bayinya.. Kolostrum ini merupakan cecair yang istimewa & mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi anda yang masih lemah & baru mengenal dunia… Ia mengandungi beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi susu formula..

Sifat-sifat Kolostrum

Sangat kaya dengan antibodi


  • Terdapat banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak2.
  • Bersifat laksatif & dapat memudahkan pembuangan air besar bayi
  • Mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan dan ia amat kaya dengan vitamin A


Kepentingan Kolostrum


  • Dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan
  • Oleh kerana ia bersifat laksatif, ia dapat mempercepatakan proses pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis
  • Ia membantu mematangkan usus dan dapat mengurangkan risiko alergi
  • Dapat mengurangkan kesan penyakit
  • Kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi
  • Mengandungi protein yg dinamakan Sekretori Immunoglubulin A (SIg A), berfungsi sebagai antibodi
KEBAIKAN KOLOSTRUM



Jadi, jika anda sedang hamil sekarang, dan bakal bersalin tak lama lagi, anda perlu pastikan bahawa bayi anda di beri kolostrum ini.


Berikan nutrisi yang terbaik untuk si manja anda…Kekal sihat dan bertenaga…Bijak Masa Depan…

Bagi ibu yang hamil dan masih menyusukan bayi..sila klik link untuk tips perbanyakkan susu tanpa kos yang tinggi http://ibuddd2010.blogspot.com/2013/03/susu-makin-kurang-ketahui-cara.html


SHAKLEE PERLIS

DOA DAN PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Doa dan petua untuk tambah susu ibu.

Assalamualaikum Semua,

Entry kali ni saya nak cerita tentang petua untuk banyakkan kuantiti susu ibu. Sharing kali ni insyaallah dapat la sedikit sebanyak membantu korang. Hari ni 19.5.2014 genap usia Twins saya 1 tahun 9 bulan 3hari. Alhamdulillah Twins masih lagi menyusu badan. Kalau ikutkan since twin lahir memang saya sangat menitik beratkan soal penyusuan. Actually takut imunisasi dorang lemah. Sebab susu ibu ni memang yang terbaik dan banyak khasiat yang bagus untuk bayi kite. So memang saya kene punyai semangat yang kental untuk mejayakan misi penyusuan dengan berjaya. Mane taknye. Seba twins semua kne sharing, sebagai mak saya mesti ikhtiar untuk perbanyakkan susu, supaya menepati konsep "Demand VS Supply" Jom saya kongsikan petua bersama anda semua.

Untuk penyusuan ibu ni mesti berbalik kepada "Back To Basic". Ape yang kite lakukan dan ape yang kite nak buat mesti kene berdoa.




Cara Amalkan:


  1. Mulakan dengan kalimah Basmallah
  2. Selawat ke atas Nabi SAW
  3. Baca ayat di atas dan hembuskan pada air dan minum.


Saya juga nak kongsi dengan korang macammana nak banyakkan susu ibu bagi yang belum pernah menyusukan anak dan bagi yang pernah menyusukan tapi masih belu berjaya menyusukan sepenuhnya sehingga usia anak cukup 2 tahun

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:


  • Cekur Manis 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com


  • Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini


  • Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)


  • Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba


  • Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com


  • Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.


  • Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


  • Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak


  • Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.


  • Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.


  • Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu



Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu




  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.



Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam 
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi 
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman 
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu
- Longan Kering, Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam 
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya 
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea 
- Joy Angel Nursing Tea 

Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- ESP & Alfalfa (Shaklee)
- Ostematrix ( Shaklee )

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. 
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan @ Kurangkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. 

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT, OLEH ITU JANGAN PUTUS BERDOA"

Istiqamah + Usaha + Doa + Tawakal... Insyaallah..nescaya Allah itu maha adil.. 


Selamat mencuba!!!





MASKER ESP SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni nak share dengan korang macam mana nak buat kulit jadi cerah berseri. Especially kulit kite selalu terdedah dengan cahaya matahari dan persekitaran luar. So secara tidak langsung kulit jadi kering dan kusam. Insyaallah perkongsian hari ni membantu korang. Sesekali kulit kite ni perlu di manja jugak. Tapi kalau rajin..nak buat hari2 pon tak pe.



CARA BUAT MASKER ESP
MASKER ESP


Cara2 Buat Masker ESP


  1. 1 Sudu Yogurt
  2. 1 Sudu ESP
  3. Sedikit Air
*** Kacau sebati dengan air dan ratakan keatas muka anda, biarkan selama 10 ~ 15minit..nak lagi lama pon bole, Kemudian bilas. Anda pasti sukakan hasilnya.

Optional lain yang korang boleh apply selain campur dengan yogurt, Anda juga bole campurkan ESP shaklee dengan sedikit air dan :-
  1. Vitamin C Shaklee ~ Pecahkan menjadi serbuk dan campurkan dengan ESP ( Memelihara Kelembapan Kulit Muka )
  2. Vitamin E ~ Pecahkan Vitamin E dan ambil minyaknya sahaja kemudian kacau sebati dengan ESP ( Memudarkan Parut Jerawat Dan Kulit Berminyak )
  3. Alfalfa ~ Pecahkan menjadi serbuk dan campurkan dengan ESP ( Pudarkan jeragat )
  4. Collagen Powder ~ Ambil 1/4 dari 1 sachet, campurkan dengan ESP dan kacau sehingga sebati ( Memelihara keanjalan Kulit Muka )
SELAMAT MENCUBA!!! Untuk petua lain bole hubungi saya untuk sharing pengalaman.

SITI JAMILAH MAT YUSOF
CONTACT SAYA

TERIMA AWARD DARI SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T

Actually entry ni nak siapkan dari awal bulan tadi..tapi dek kerana tertangguh atas sebab2 tertentu alhamdulillah hari ni sempat jugak luangkan masa untuk tulis entry ni. 31/11/2012 adalah tarikh secara rasminya aku bergelar "Shaklee Independent Distributor". Masa ni daftar keahlian sebab nak dapat harga ahli je. Sebab daftar ahli RM65 je seumur hidup.
DAFTAR AHLI SHAKLEE
BORANG NI LA KENE ISI MASA SEBELUM ADE ONLINE WEBSITE SHAKLEE


Kire ok la jugak sebab xde yuran tahunan. Ni pon selepas lebih 6 bulan dah ambik vitamin shaklee. Asal cerita sebab takut tak ade tenaga bile saat nak lahirkan twin. Masa mengandung twin tu kulit nampak kusam ckit. So memang cari vitamin yang tak membahayakan dan biarlah vitamin tu dapat share sekali dengan kandungan. Masa umur twin 4 bulan dalam perut, aku hanya ambik B.Complex + Vitamin C Shaklee. Masa ni pemikiran mula berubah tapi masih belum arif pasal hal kesihatan dan kecantikan ni. Masa tu pikir sebab pregnant 2orang kan. So semua bende perlu kongsi, kalsium, collagen,sel2 dalam badan.. So to be make sure nak sentiasa nampak bertenaga utk hasilkan mood yang ok tu sebab aku amik 2 vitamin febret aku sampai sekarang ni.Masa tu memang tengah fenomena Vitamin C..hehehe.. Alhamdulillah memang berkesan. Konsisten selama 2minggu pon dah boleh nampak kesan.


SEHARI SEBELUM LAHIRKAN TWINS



 Lepas lahirkan twin je ade satu perasaan yang melanda diri tentang penyusuan pulak. Masa ni la baru dok sibuk cari suplemen banyakkan susu. Ape lagi..pegi la meng "GOOGLE".. Rupenye memang dah ambik tapi tak try yang full set breastfeeding. Alhamdulillah lepas 2 minggu makan konsisten, cukup air 3 liter sehari, dapat hasil yang sangat memuaskan. Sebab dah suke dengan hasilnya tu yang terus daftar ahli. Disebabkan aku kenal dengan kakak yang satu sekolah dengan aku dulu dan ade kisah tersirat di sebalik cerita yang sama antara kami aku pilih die untuk jadi upline.
KEMBAR
DINA DINI


Once jadi anak biz sekarang ni aku panggil die mami Nora je..hehehe..sweet gitu..Lepas sebulan daftar ahli tetibe terdetik nak buat part time dengan shaklee pulak. Masa ni bagitau kat husband. Die macam tak yakin sangat..apatah lagi Shaklee jugak biz MLM. Tapi die cakap kalau nak buat bole je..tapi kalau xjadi tanggung sendiri..eeee..pedas je ayat die..xpe la..at least die tak cakap tak boleh.Tanya mami nora macammana nak buat sale.. Alhamdulillah selama sebulan aku ikut sebahagian daripada ilmu yang mami nora turunkan kat aku. Syukur alhamdulillah pada bulan berikut tu aku dapat bonus. 2 angka..ok lah kan daripada xde ape..sape nak bagi..kalau korang beli barang kat supermarket ade dapat rebate x?? maybe ade certain je la..kotttt...hehehe.. 

Bulan kedua buat lagi ni pon sekadar suka2 dan alhamdulillah dapat 3angka. Seronok tak terkata..Rasa macam tak percaya dengan modal RM65 dapat pulangan 3angka dalam masa 2bulan..itu pon saja  suke2. Actually bole dapat lebih kalau betul2 ade kesungguhan nak buat. Masuk bulan ketiga persepsi aku terhadap biz Shaklee mula berubah. Tiba2 nampak jalan keluar dari "COMFORT ZONE" dan aku percaya aku bole buat di mana aku yakin dengan Biz Shaklee aku dapat merealisasikan impian aku bergelar surirumah bekerjaya. Bulan Feb 2013 aku buat mula serius untuk buat biz ni. Rasa sangat rugi kalau aku bertangguh.Nak jadi macam mami nora jugak. WAHM impian yang telah sekian lama nak d realisasikan. Masa ni berani bagi jaminan kat husband "Setahun saya buat shaklee sure jadi WAHM. Percaya pada rezeki, yakin pada diri, buat tanpa kata tidak, SAY NO to ALASAN. 

Alhamdulillah pada bulan ketiga buat Biz Shaklee secara part time 4angka dalam tangan. Masa ni terasa bangga yang amat sangat..macam kera dapat bunga pulak. Dapat Check Reward dari shaklee.. Balik dari kerja tunjuk kat husband..Masa ni persepsi die mula berubah, dah start tolong pos barang, packing barang dan dalam erti kata lain sangat sangat menyokong ape yang saya buat. Secara jujurnya..pada saat tu terasa nak berhenti kerja tapi atas perbincangan kami suami isteri kami tangguhkan atas sebab2 tertentu. Hati memberontak nak sangat jadi WAHM.. tapi dalam pada masa yang sama tak nak bebankan suami walaupon tanggungjawab suami yang sediakan semua keperluan kami anak beranak, tapi perlu ingat "ukur baju di badan sendiri" saya yang pilih die saya MESTI terima kelebihan dan kekurangan die. Walaupon kami tidak mempunyai masalah kewangan yang kritikal tapi kami perlu fikir masa akan datang, perlu fikir anak2. So dis time kami tak kan pandang kebelakang lagi. Kami teruskan usaha untuk buat Biz Shaklee. 

Keep on sharing, usaha dan tawakal pada Allah S.W.T..Alhamdulillah 1.8.2013 aku decide untuk jadi WAHM..dan suami menyokong niat aku..walaupon pada masa ni income shaklee xsebesar Gaji Hakiki. Tapi aku yakin kami bole buktikan dengan Biz Shaklee kami akan dapat more better than gaji masa bekerja. Rezeki Allah kan luas. Secara jujur aku tak ada masalah dengan kerja office. Hepi je tapi naluri keibuaan sangat besar. Hati meronta2 nak berenti. Lega hati lepas bagi surat resign walaupon majikan berat untuk lepas kan aku. Tapi die terpaksa sebab alasan aku sangat kukuh. Dan part yang paling best die beri kelonggaran untuk aku buat kerja secara part time. Haaaa..kan dah cakap rezeki Allah tu luas. Die beri aku masa percubaan untuk buat part time.Alhamdulillah 31.10.2013 secara rasminya aku jadi WAHM!!!! Yahoooooooo.. Walaupon masih part time dengan syarikat lama. tapi ianya tak menggangu asalkan aku pandai bahagikan masa.


SITI JAMILAH MAT YUSOF
SOHO WAHM


Terasa dihargai bile dapat jemputan menerima anugerah dari Shaklee. Teruja tau..kalau kerja pon setahun sekali je dapat bonus. Shaklee bagi 3C lagi ( CASH,CAR,CONVENTION ), pastu dapat lagi anugerah. Bukan satu tau aku dapat.. Dapat 5 anugerah dalam masa setahun. Mungkin bagi orang lain yang dah lama dalam shaklee 5 award tu cikit je..tapi bagi aku ianya cukup banyak dan buat aku rasa dihargai dan sangat berbaloi dengan ape yang kami usahakan. Masa tahu lepas dapat duduk kat barisan penonton je..Masa tu hati terdetik dan suami cakap. "TAHUN DEPAN KITE PULAK NAIK PENTAS DAPAT KUNCI BESAR" aku jawab "PASTI DAN MESTI". See...itu jugak satu doa..Alhamdulillah kami turun naik pentas jugak tahun ni dan PASTI DAN MESTI tahun depan kami naik lagi dengan award yang lagi besar bersama anak2 biz.Selepas setahun lebih bersama shaklee income 5angka dalam tangan.




Siapa sangka bermula dengan misi pencarian suplemen breastfeeding dan misi menjayakan "fully breastfeeding" memberi seribu satu manfaat, Kebaikan dan keajaiban dalam hidup kami sekeluarga. Family Biz SBID kami semakin membesar dan akan terus membesar dengan berjaya. Insyaallah kami pasti dapat rasa dan kecapi Rezeki Allah yang luas dan sama2 berkongsi rezeki ini bersama orang yang sangat memerlukan.

to be continue........... "PUSH FACTOR"




SITI JAMILAH MAT YUSOF

TIPS AJAR ANAK BACA ABC

AJAR ANAK MENGENAL ABC


ABC
Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.

Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.

Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :

  • Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
  • Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.
  • Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
  • Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
  • Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
  • Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.


Tips Rangsang Bayi Bercakap

Risau anak lambat bercakap???

bercakap
Bayi kecil yang dulu hanya boleh menangis dan merengek sahaja sebagai cara berkomunikasi lamakelamaan akan menunjukkan perkembangan bercakap pula. Mendengar si kecil mula belajar bercakap memang sangat menggembirakan.
Kedengaran lucu pula apabila bayi anda mengeluarkan butir bicara yang langsung tidak fahami tetapi ia amat membahagiakan.  Sebenarnya jika bayi anda sudah mula menunjukkan minat bercakap dengan caranya sendiri, anda perlu membantu merangsangnya agar lebih mempercepatkan kemahiran pertuturannya.
Tip berikut boleh digunakan sebagai usaha merangsang bayi bertutur.
  1. Interaksi sosial
Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya membantu usaha bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.

  1. Rajin berbual
Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak lahir lagi akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.

  1. Beritahu nama semua objek
Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.

  1. Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.

  1. Bentuk ritma yang sama
Tahukah anda dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya.

  1. Mengulang
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.
**** Anda akan lihat perbezaan anak pertama dan kedua hingga seterusnya. Jika anak pertama anda jaga sendiri dia akan lebih lambat bercakap kerana bahasa anak kecil tidak sama seperti kite yang sudah dewasa. Tapi tidak salah untuk kite sering berbual dengan mereka. Berbanding dengan anak kedua dan seterusnya. Ini kerana anak kedua dan seterusnya mempunyai mentor dan jika jarak umur mereka tidak jauh. Maka anak kedua lebih mudah memahami dan secara tidak langsung mereka akan mengikut mentor mereka itu ( kakak @ abang ). 

Tips Jarakkan Kehamilan

Menjarakkan Kehamilan Dengan Penyusuan

RANCANG HAMIL TANPA UBAT
PENYUSUAN IBU

Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antaraanak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan semula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.
Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.
Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.
Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.
Kaedah ini sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan jangka masa panjang. Ye la kan, sape yang nak badan sakit2 sebelum waktu umur sakit..walaupon itu semua kuasa Allah S.W.T. Kite wajib untuk menjaganya.
Jadiiii...jom sama2 cube kaedah yang berkesan ni..

KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN TANPA UBAT

Tips Bekukan Dan Cairkn Susu Ibu

Adakah anda baharu bergelar ibu? Tahniah diucapkan. Antara tugas utama yang menanti anda pastinya memberikan si comel makanan awalnya iaitu susu ibu. Tugas menyusukan bayi memerlukan komitmen yang tinggi serta ilmu yang cukup bagi memastikan ia memberikan kejayaan.

Bagi ibu yang tidak bekerja, tugas menyusukan bayi secara eksklusif mungkin tidak sesukar ibu yang bekerja kerana apabila ada kemahuan daripada bayi, ibu boleh menyusukan bila-bila masa. Tetapi bagi ibu bekerja, mereka perlu membuat stok susu simpanan untuk keperluan harian si manja.

Oleh itu penting untuk ibu menyusu tahu bagaimana cara terbaik penyimpanan susu ibu termasuk kaedah membekukan dan mencairkan susu perahan.  Oleh itu untuk memastikan susu perahan ibu bertahan lama dan boleh diberikan kepada bayi tanpa masalah, diharap tip berikut membantu anda.






 Tip membekukan susu perahan
  • Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.

  • Simpan susu perahan anda dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan bayi supaya mudah mencairkannya.

  • Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan anda. Susu yang dibeku dapat bertahan sehingga tempoh empat bulan.

  • Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila anda hendak mencairkan dan memberikan kepada bayi.

Tip mencairkan susu beku
*Sekiranya anda ingin terus menggunakan susu beku, letakkan dalam bahagian bawah peti sejuk. Biasanya susu beku memerlukan tempoh sehari untuk mencairkannya. Hangatkan susu dengan cara merendam botol dengan air suam apabila hendak memberikan kepada bayi.

  • Jika hendak menggunakan susu beku terus, rendam botol dalam air suam.

  • Jangan bekukan kembali susu yang sudah dicairkan.

  • Jangan cairkan susu dalam ketuhar gelombang mikro. Susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan enzim-enzim yang ada di dalamnya.

PETUA TAMBAH SUSU CARA TRADISIONAL

Petua Tambah Susu
Tips tambahkah susu badan

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

  • Kacang soya

Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

  • Barli

Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin initurut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

  • Oat

Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

  • Lobak

Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

  • Betik muda

Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

  • Halba

Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalamair panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

  • Buah kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang palingtinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

  • Jantung pisang

Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

  • Jintan

Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

SITI JAMILAH MAT YUSOF