Showing posts with label CARA NAK DAPATKAN ZURIAT. Show all posts
Showing posts with label CARA NAK DAPATKAN ZURIAT. Show all posts

CARA CARA NAK DAPATKAN ANAK KEMBAR


Assalamualaikum,

Kali ni nak kongsi pulak petua yang boleh di amalkan untuk dapat anak kembar. Yang kat bawah ni kembar kami. Ramai yang tanya kami ade petua rahsia ke sampai bole dapat kembar..hehehe


twnis girl


Antara perkara tersebut ialah..

1. Berdoa kepada Allah... Antara surahnya,
Surah As-Saaffaat ayat 120, maksudnya : Salam sejahtera kepada nabi Musa & nabi Harun
Surah As-Syura ayat 50, maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul, sesunggunya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

2. Minta doa dari orang soleh/alim :
Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 43, maksudnya : Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

3. Nazar yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak :
Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 35, maksudnya : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai orang yang bebas (dari urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

4. Jangan menzalimi binatang :
Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 36, bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harapkan adalah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanyalah aku menamakannya Maryam, dan aku melindunginya dengan peliharaan-Mu, demikian juga dengan zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang di rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Selain dari amalan di atas, ada jugak beberapa faktor yang biasanya mempengaruhi :

Faktor Umur
  • Perempuan yang berumur 35 hingga 40 tahun dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk memperolehi anak kembar. Mereka lebih cenderung menghasilkan lebih dari satu ovum sewaktu proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
Genetik
  • Jika dalam salasilah keluarga anda mempunyai sejarah kembar, maka peluang untuk dapatkan anak kembar lebih cerah kerana Trait penghasilan 2 ovum serentak dalam satu masa telah diturunkan kepada anda.

Berat Badan dan Ketinggian
  • Wanita yang lebih tinggi atau yang lebih berat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar

Bilangan Anak
  • Lebih banyak anak telah dilahirkan oleh seseorang itu, lebih cerahlah peluangnya mendapatkan anak kembar

Pengambilan Ubat Kesuburan
  • Ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghasilkan dua ovum dalam satu-satu proses ovulasi dan seterusnya peluang dapat anak kembar itu lebih tinggi

Diet
  • Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi Estrogen tinggi juga mampu meningkatkan kebarangkalian mendapatkan anak kembar

Ubi, Kentang dan Susu
  • 3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi telur. Selain boleh meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar, pengambilan makanan ini juga adalah salah satu cara bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum dapat anak untuk mereka mendapatkan anak.

Set Kesuburan Shaklee
  • Set kesuburan ini ada empat jenis suplemen yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri. Memang sesuai la untuk anda yang nak dapatkan anak atau teringin sangat nak anak kembar macam kami. Juga digunakan sebagai ikhtiar. Selebihnya Allah yang tentukan.
petua nak dapat anak

Mungkin dah ditentukan rezeki kami dapat kembar, dimana keluarga kedua2 belah pihak ibuddd memang ade genetik kembar. Tak sangka pulak kami yang dapat rezeki anak kembar. Alhamdulillah syukur sangat2. Kebetulan pulak bakal adik ipar kiteorang ni kembar jugak. Mane la tau pregnant kali ketiga nanti kembar jugak. Syukur alhamdulillah sangat2.

Kalau pegi jalan2 dengan acik twins dorang ni sure orang akan pandang banyak kali. Aku tau ape yang dorang fikirkan " patut la baby tu kembar rupenye pak cik die kembar " ...dah boleh agak dah. 


petua dapat kembar


Bagi yang sudah lama inginkan zuriat dan sudah lama mencari vitamin kesuburan jom cube pulak produk dari shaklee ni.

Jom whatsapp mila sekarang untuk dapatkan special price.

Mila Yusof
Konsultasi Masalah Anda | +60176026106


Klik link di bawah untuk Info order & pertanyaan lanjut