LIKE PAGE UTK FREE GIFT MENARIK

Kebaikan Kolostrum Awal Untuk Anak

Sebaik bayi lahir ke dunia, apa yang paling awal anda lakukan? Majoriti ibu akan memberikan susu ibu yang pertama kepada bayi yang baharu menjengah dunia. Tahukah anda bahawa penyusuan awal adalah sesuatu yang penting kepada bayi. Ini kerana susu awal ibu mengandungi kolostrum yang terkenal kaya dengan khasiat luar biasa kepada bayi.

SUSU IBU


Oleh itu adalah wajar bagi ibu untuk terus menyusukan bayi sebaik melahirkannya kerana ketika itu perut bayi masih kosong dan susu awal yang masuk ke dalam perutnya dapat memenuhi keperluan khasiatnya.

Walaupun demikian, tentu sahaja ibu berasa hairan dan terfikir bagaimana si kecil yang baharu keluar dari perut ibu sudah pandai menyedut susu ibu. Hal ini terjadi kerana bayi sememangnya lahir dengan mempunyai keinginan untuk menyusu. Oleh itu bayi secara automatik mampu menyedut susu ibu yang diberikan kepadanya.

Kemampuan tersebut memberikan manfaat kepada bayi anda kerana secara langsung dia akan menyedut kolostrum yang kaya dengan khasiat seterusnya menikmati manfaat awal daripada susu ibu yang paling awal untuk sistem imun badannya.

Bayangkan sekiranya bayi tidak memiliki kemampuan untuk menyusu dan anda sendiri tidak mengetahui tentang khasiat susu awal tersebut pasti kerugian kepada anda berdua kerana kolostrum berwarna kekuningan tersebut dibiarkan terbuang begitu sahaja.

Oleh itu penting bagi ibu-ibu mengetahui tentang kepentingan memberikan bayi susu seawal kelahirannya agar si kecil mendapat kebaikan kolostrum yang sangat hebat itu.

Pernah tak anda perasan, selepas anda bersalin, ketika anda memerah payudara anda, keluarnya cecair kuning yang meragukan hati anda, sehingga terdetik di hati,

“eh, kenapa susu ni warna lain yer… entah elok, entah tidak untuk di beri pada anak saya..?”

” kenaper susu ni, bukan warna putih yer….?”

KOLOSTRUM


Malahan, ia disusuli oleh wanita yg menjaga anda semasa itu, menasihatkan anda untuk membuang susu tersebut, dan memberitahu bahawa ia adalah susu basi?

Saya pasti, walaupun bukan semua para ibu, pasti ada yang mengalami situasi di atas..

Tahukah anda, cecair tersebut di panggil sebagai kolostrum? Kolostrum ini adalah susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan 3 hari pertama selepas kelahiran bayinya.. Kolostrum ini merupakan cecair yang istimewa & mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi anda yang masih lemah & baru mengenal dunia… Ia mengandungi beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi susu formula..

Sifat-sifat Kolostrum

Sangat kaya dengan antibodi


  • Terdapat banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak2.
  • Bersifat laksatif & dapat memudahkan pembuangan air besar bayi
  • Mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan dan ia amat kaya dengan vitamin A


Kepentingan Kolostrum


  • Dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan
  • Oleh kerana ia bersifat laksatif, ia dapat mempercepatakan proses pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis
  • Ia membantu mematangkan usus dan dapat mengurangkan risiko alergi
  • Dapat mengurangkan kesan penyakit
  • Kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi
  • Mengandungi protein yg dinamakan Sekretori Immunoglubulin A (SIg A), berfungsi sebagai antibodi
KEBAIKAN KOLOSTRUM



Jadi, jika anda sedang hamil sekarang, dan bakal bersalin tak lama lagi, anda perlu pastikan bahawa bayi anda di beri kolostrum ini.


Berikan nutrisi yang terbaik untuk si manja anda…Kekal sihat dan bertenaga…Bijak Masa Depan…

Bagi ibu yang hamil dan masih menyusukan bayi..sila klik link untuk tips perbanyakkan susu tanpa kos yang tinggi http://ibuddd2010.blogspot.com/2013/03/susu-makin-kurang-ketahui-cara.html


SHAKLEE PERLIS

No comments:

Post a Comment