Showing posts with label nak pregnant. Show all posts
Showing posts with label nak pregnant. Show all posts

Nak Mengandung Lagi

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...syukur...dapat lgi mengupdate blog. Hari ni nak cerita pasal hari kegembiraan. Actually dh lame nak update..since last week lagi..tpi tgu dlu sebab ade sebab yg xdpt nk d elakkan. Setahun yang lalu...tempoh target nak pregant sekali lagi blom ade rezeki. Walaupon dah ade 3 budak comel..hati tetap rasa nak mengandung lagi. Almaklumla usia semakin meningkat tapi target nak anak ramai sebelum 30 belum tercapai. History pregnancy.. Anak 1st emergency c-zer. Setahun tgu berita gembira..kelahiran danial sangat di nanti nantikan oleh kami. Alhamdulillah sepanjang mengandung aku xde ape 2 alahan tapi alahan teruk dapat kat suami sampai la saat nak melahirkan danial. Walaupon bukaan dah 7cm aku terpaksa melahirkan danial secara kaedah casearean di sebabkan pernafasan danial d tahap kritikal, dalam erti kata lain die dah lemas kat dalam tu...fuhhhhh...walaupon xdpt lahir secara normal..aku dapat rasa jugak pengalaman nak bersalin secara normal...Alhamdulillah danial selamat di lahirkan kedunia secara casearean 2.6kg pada 25.9.2010 jam 7.51mlm bertempat di Darul Ehsan Medical Centre ( DEMC ).

Mengandung kali kedua

Walaupon aku tau bersalin caeserean tidak boleh mengandung dalam jarak yang dekat..tapi kami xpernah menolak rezeki dan tidak pernah merancang untuk mengambil apa2 alat perancang kehamilan. Walaupon risiko tinggi untuk mengandung dalam waktu yang terdekat aku tak pernah meletakkan ianya sebagai penghalang untuk mengandung lagi. Ternyata Allah itu maha mendengar. Setiap hari selepas melahirkan danial aku tak pernah berputus asa berdoa untuk d kurniakan zuriat untuk kali kedua. Pada Januari 2012 cycle period aku lewat 4hari..kalau ikutkan mmg tak sabar nak check..sebab takut kecewa..Tgu lagi 2-3 hari lah baru check..Alhamdulillah..UPT 2line..positive pregnant. Huaaaaaaa....rasa nak nangis teruja gembire semua ade..Sekali lgi..kami bakal menerima cahayamata. Esok pagi sebelum g keje aku g klinik dlu sbb nk check baby dah brp weeks.Malam tu jugak pegi klinik nak tgk dah brp weeks. Doc Scan ade dua kantung...SUBHANALLAH..hanya Allah je yg tau ape yg aku  rasa..air mata aku dah berlinang..Allah itu Maha Adil..KEMBAR!!!...lepas keluar dari bilik doc..terus aku text message kat husband..lepas husband dpt message die terus call aku...teruja yg amat sangat.Sepanjang kehamilan kembar aku tak de masalah kesihatan...Masa ni jugak aku kenal ape itu vitamin shaklee..usia kandungan 4 bulan aku dah start amik Vitamin C & B.Complex..tapi masa ni aku beli dari orang lagi.Usia kandungan 37 minggu doc jadualkan aku utk bersalin...sekali lgi secara caeserean..sebab twin dalam kedudukan songsang..Xpe..aku redha..kalau ikutkan memang excited nak bersalin normal..tapi setelah d beri penerangan risiko yang akan dihadapi aku akur. Alhamdulillah 16.8.2012 aku selamat melahirkan 2 orang puteri kembar anugerah terindah untuk kami yang diberi nama Dina Nurdalila @12.20tghhari 2.7kg & Dini Nurdalili 3.2kg..lgi terror dorang ni dari abg die..walaupon share perut ibu..xbermakna xleh membesar dengan sihat kat dalam perut ibu tu..hehehehe..

Mengandung kali ke Tiga

Seperti history abang dan kakak kakak baby..aku memang xpernah merancang untuk jarakkan terlalu jauh utk bersalin sekali lagi. Lepas je bersalin walaupon sakit perut kne toreh tak hilang lagi..perkara pertama dan doa pertama adalah aku nak anak lagi...Alhamdulillah aku sangat bersyukur kerana d kurniakan suami yang sangat ringan tulang untuk menjaga anak2.Aku xpernah meletakkan bilangan berapa orang anak utk dilahirkan. Tapi sekurang kurangnya aku nak 3 org anak sebelum usia 30tahun..Syukur alhamdulillah kami org terpilih utk menerima rezeki ini. Kan dah cakap Allah itu maha mendengar. Nak mintak sesuatu dengan Allah kene jelas, kene usaha, kene konsisten...doa kite ni bukan buat hari ni esok xbuat..doa jugak belum tentu hari ni doa esok Allah bagi...tapi yg wajib adalah tidak putus berdoa.InsyaAllah Allah itu Maha Mendengar. Untuk mengandung kali ketiga ni aku macam teruja ckit..teruja masih sama macam nak mengandung anak pertama dulu...setiap bulan mesti test UPT..tapi result masih -ve...selepas hampir 2 tahun lahirkan kembar..Untuk mengandung kali ni aku konsisten amik vitamin kesihatan shaklee dan amik GLA untuk tingkatkan kesuburan..Gla tu aku makan secara konsisten selama 5bulan...YESSS...Alhamdulillah...diberi peluang sekali lagi menerima berita gembira. Ibuddd pregnant again!!!.. Actually 2minggu sebelum test UPT ni aku datang haid..tapi kalau ikutkan tarikh period kali ni dah lewat almost 2weeks..tapi masa aku test UPT tu result -ve..esok pagi test lagi still -ve...then hari ketiga nak test UPT tu...datang haid..tapi xbyk...masa tu agak kecewa...cam frust jugak la...tapi period berlanjutan sehingga 2minggu..aku rasa macam pelik...sebab tak pernah jadi sebelum ni period sampai 2minggu..rasa risau..aku test UPT sekali lagi...


Yang ni test UPT 1st before jumpe doc. Malam tu jugak aku ajak husband g klinik tuk check usia kandungan..Lepas jumpe doc...doc sahkan aku mengandung dan period aku di kategorikan sebagai BLEEDING..Scan pon masih xbole detect..ade 2 kemungkinan..samaada baby masih kecik atau kandungan luar rahim.. Doc suruh aku banyak berehat dan jangan buat kerja berat..Balik dari jumpe doc aku terus pegi farmasi suruh husband pegi beli UPT sekali lagi...suruh die beli yang canggih ckit..yang bole nampak kehamilan tu dah berapa weeks..UPT pertama buat aku confius..hahahaha..pregnant or not..




Ni Video 1st check UPT lepas jumpe doc..alasan amik UPT ni nak tau dah brp weeks..tapi result ni buat aku jdi confius...hahahaha..Sebab video ni ramai yang tye aku harga UPT ni...aku beli RM29.90 dekat farmasi Guardian..kalau ade card member dapat 10%




Yang ni UPT kedua lepas jumpe doc...alhamdulillah aku pregnant 1-2 weeks...posibility jugak scan masih xleh detect..Teruja terus...

Antara Vitamin yang aku ambik untuk mengawal hormon dan meningkatkan kesuburan.

Set Vitamin Kesuburan Wanita

Dapatkan set vitamin kesuburan Shaklee



Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.  

Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
*Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
*Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
*Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 
*Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
*Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
*Penyakit kelamin
*Penyakit berkaitan masalah pelvik.
*Merokok
*Pengambilan kafein yang berlebihan
*Terlalu kurus atau gemuk.
*Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Entri kali ini mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan wanita. Mari kita baca.

Set Kesuburan Wanita


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dengan saya sahaja. 


Dapatkan harga istimewa produk shaklee & konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dari saya.

Shaklee Independent Distributor
Mobile : +60123549909
Contact : Mila
Id : 910306
email : ibuddd2012@gmail.com

Click link dibawah utk terus ke Facebook dan mengetahui promosi terkini dan harga istimewa dari saya...



FB : https://www.facebook.com/aimila.yusof
FB Page : https://www.facebook.com/VitaHealthShopSharingIsCaring?ref=hl
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.