Tips Bekukan Dan Cairkn Susu Ibu

Adakah anda baharu bergelar ibu? Tahniah diucapkan. Antara tugas utama yang menanti anda pastinya memberikan si comel makanan awalnya iaitu susu ibu. Tugas menyusukan bayi memerlukan komitmen yang tinggi serta ilmu yang cukup bagi memastikan ia memberikan kejayaan.

Bagi ibu yang tidak bekerja, tugas menyusukan bayi secara eksklusif mungkin tidak sesukar ibu yang bekerja kerana apabila ada kemahuan daripada bayi, ibu boleh menyusukan bila-bila masa. Tetapi bagi ibu bekerja, mereka perlu membuat stok susu simpanan untuk keperluan harian si manja.

Oleh itu penting untuk ibu menyusu tahu bagaimana cara terbaik penyimpanan susu ibu termasuk kaedah membekukan dan mencairkan susu perahan.  Oleh itu untuk memastikan susu perahan ibu bertahan lama dan boleh diberikan kepada bayi tanpa masalah, diharap tip berikut membantu anda.






 Tip membekukan susu perahan
  • Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.

  • Simpan susu perahan anda dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan bayi supaya mudah mencairkannya.

  • Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan anda. Susu yang dibeku dapat bertahan sehingga tempoh empat bulan.

  • Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila anda hendak mencairkan dan memberikan kepada bayi.

Tip mencairkan susu beku
*Sekiranya anda ingin terus menggunakan susu beku, letakkan dalam bahagian bawah peti sejuk. Biasanya susu beku memerlukan tempoh sehari untuk mencairkannya. Hangatkan susu dengan cara merendam botol dengan air suam apabila hendak memberikan kepada bayi.

  • Jika hendak menggunakan susu beku terus, rendam botol dalam air suam.

  • Jangan bekukan kembali susu yang sudah dicairkan.

  • Jangan cairkan susu dalam ketuhar gelombang mikro. Susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan enzim-enzim yang ada di dalamnya.

No comments:

Post a Comment