LIKE PAGE UTK FREE GIFT MENARIK

JANTUNG DINI BERLUBANG??

Assalamualaikum W.B.T

Maha suci Allah bersyukur aku kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya ini.

Cerita yang aku akan ceritakan bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan entry dan dalam setiap blog aku ni aku jadikan ianya diari hidup kami anak beranak.




Dini Nur Dalili Binti Syamsul Haimi nama diberi. Kembar kepada Dina Nur Dalila. Siapa sangka anak kami yang sangat agresif ni jugak terima ujian yang sama seperti si kakak kembarnya. Secara jujur aku mula perasan perubahan Dini seawal umur die setahun. Kalau tak silap aku masa tu kami pegi bercuti ke teluk batik bersama rakan kerja suami aku. Masa tu dini berendam kat pantai teluk batik. Air memang sejuk, danial pon menggigil tapi danial punye mulut tak jadi biru. Bile aku tengok mulut dini  jadi biru aku bawak die naik atas. Terus mandikan die untuk bersihkan badan die. Balik je dari pantai die macam biasa agresif macam biasa. Dalam hati aku ade terdetik adakah adek jugak mengalami masalah yang sama?? Aku kuatkan hati, positif dan berdoa tidak akan jadi ape2 pada dini.

Alhamdulillah sepanjang 2tahun dini membesar, die tak punyai masalah kesihatan yang serius. Kalau demam pon xpenah sampai tahap suhu 39 ~ 40°. Dini jarang sakit dan pernah jugak selesema dan batuk. Sebagai ibu aku sangat alert bab bab kesihatan anak2, pernah satu ketika dulu kalau setiap kali die batuk atau selesema die macam susah nak bernafas. Tapi di sebabkan aku kurang arif tentang simptom penyakit jantung dan simptom kakak dulu tak sama macam dini. Aku tetap bawak die ke klinik panel. Bile doktor check degupan jantung die tak nampak macam ade masalah , doktor cuma bagitau dini mungkin menghidap asma. Sebenarnya aku masih tak puas hati dengan penerangan doktor tadi. Keesokan hari tu aku bawak lagi dini ke klinik lain. Kebetulan jawapan doktor tu sama jugak. Aku positif kan diri dan doa supaya sense aku tu tak betul.

Genap umur twins setahun memang aku bagi makanan tambahan seperti omega guard, mealshake, chewable vitamin c dari shaklee. Memang sangat membantu dari segi meningkat imunisasi anak2. Kalau anak2 batuk atau selesama omega guard memang wajib aku bagi. Sebab omega dapat keluarkan kahak hijau yang melekat dalam badan. Biasanya budak2 ni tak tau macammana nak keluarkan kahak tu macam kite orang besar ni. Omega guard memang membantu. Jadi anak2 pon bole tidur dengan selesa tanpa gangguan gatal kahak ataupon hidung sumbat.

26 june 2014, Check up susulan untuk perkembangan pertumbuahan twins. Kebiasannya doktor akan check dina dulu..maybe sebab die twins yang pertama or bole jadi jugak sebab dina pernah lakukan pembedahan jantung. Alhamdulillah dina dah semakin sihat dan fully recover. Pertumbuhan dan perkembangan pon macam kanak2 lain. Turn dini pulak doktor check bahagian jantung, kebetulan masa tu dini baru je main lari2. Masa doktor check jantung dini die bagitau kami macam ade suspect something. Kemungkinan besar sama kes macam dina. Kali ni perasaan aku tak seperti masa aku dapat tau dina ade problem jantung. Kali ni aku lebih bersedia,tenang dan redha. Aku dapat rasa tapi aku tetap berdoa semuanya baik baik je. Lepas check up dengan doktor ..doktor suh bawak dini ke bahagian x-ray.

16.8.2014, aku dapat sms appointment di ijn. Aku ingatkan reminder appointment dina. Belek2 sms tu..rupenye nombor ic dini. Nak call IJN opcos la cuti. Aku decide untuk call IJN hari isnin 18.8.2014 untuk confirmation. Lepas dapat confirmation nama pesakit baru la lega hati aku nak bawak si adek. Kalau aku tak call memang si dina la yang aku bawak..kikiki..

Malam 18.8 aku terpaksa tidur pukul 4 pagi..d sebabkan tak perasan masa berlalu.. Kebiasannya memang aku tidur lambat sebab nak siapkan kerja sebagai WAHM n biasanya aku packing barang customer time waktu anak2 tidur supaya esok pagi senang suami aku xde la kelam kabut nak tolong or tunggu aku packing barang. Sedar tak sedar dah pukul 3pagi..Ishh tak bole jadi ni..aku belum tidur tapi esok nak bawak dini pegi Hospital..Sebelum masuk tidur aku tahajjud dulu..dalam pukul 4 aku tidur. D sebabkan dah letih memang terus lena. Tapi sebelum tidur tu aku dh siap2 alarm jam..nak bangun pukul 5 pagi.

19.8.2014 ( 5pagi ) tepat jam 5pagi alarm aku bunyi, terus bangun n mandi. Siapkan barang2 dini untuk bekalan ke IJN nanti. Sambil2 tu aku reply w.apps dan pm customer. Alhamdulillah masih d berikan rezeki dalam biz shaklee. Sebelum gerak ke IJN aku solat subuh dulu kat rumah. Pukul 6.15minit aku gerak nak ke IJN. Dini masih lagi tidur..aku cuma tukarkan pampers die je..nak kejut mandikan die tak sampai hati pulak. Aku bawak siap2 barang2 die tuk mandi kat IJN nanti. Dengan lafaz Bismillahirromanirrahim aku drive sorang2 dengan d temani dini. Masuk je dalam kereta dini terjaga. Dini mungkin agak pelik kemana la ibu die nak pegi bawak tengah2 macam malam2 ni lagi..selalunya kalau aku bawak mesti 3orang sekali kene angkut. Die tanya aku, kakak abg??? Aku just reply die ibu nak bawak adek pegi hospital jumpe doktor nak check jantung adek. Die senyum je seakan faham ape yang aku cakap. Tapi aku rasa die memang faham sebab bile jumpe doktor memang itu la yang doktor akan check. 10minit perjalanan die senyap je. Maybe sebab mengantuk lagi. Aku suruh die baring n tdo dulu. Kalau dah sampai nanti aku kejutkan. Die terus baring, mata terus lelap.  7pagi aku sampai IJN..dini masih tidur. Aku anggap die masuk dalam stroller terus pegi surau. Nak tumpang mandikan die. Sejuk katanye...hehehe..memang la sejuk nak oi..lagi2 tempat ber aircond. Setiap kali jejakkan kaki ke IJN setiap saat aku akan ingat peristiwa 2tahun lepas. Aku pernah berumah kat IJN selama seminggu jaga dina masa operation jantung.

Pukul 8 aku pegi buat pendaftaran, kebetulan pulak budak kaunter mintak surat rujukan dari pihak hospitak Sg Buloh. Tapi aku tak dapat ape2 pon dari Hospital Sg Buloh. Budak kaunter tu mintak aku call duly HSB untuk fax kan surat rujukan. Nasib baik la dorang arrange fax cepat. Budak kaunter bagitau aku surat rujukan tu dah lama siap cume maybe pihak HSB tak sempat or lupe nak call suruh aku ambik..ngeee...tapi xpe la..yang penting surat tu dah difaxkan ke IJN. Lepas buat pendaftaran aku bawak dini untuk buat x-ray , lepas tu ECHO , timbang berat dan ukur tinggi and paling last sekali jumpe doktor. Kebetulan pulak dapat doktor yang sama masa check jantung scan jantung dina dulu. Dr.Marhisham Che Mood.. Alhamdulillah masa scan jantung dini die rilex je..Sambil check tu sambil sembang n tanya doktor..kenapa kes dini ni lambat detect. Doktor jawab kebarangkalian or berkemungkinan semasa setiap kali dini check walaupon doc check susah nak detect. Especially dini jarang sakit dan aktif macam kanak2 lain. Fizikal die pon xterbantut. So agak susah nak suspect something, lagi pulak doktor bagitau dini maybe jenis kuat lawan penyakit.

Cume lately dini suke meragam n tak bole salah cikit..mesti nak nangis. Dah jadi sensitive la pulak. Lepas doktor check jantung dini tu doktor explain kat aku. Dini menghidap masalah jantung dan diklasifikasikan sebagai Patent Ductus Arteriosus ( PDA ) . Dimana saluran pernafasannye tidak tertutup sepenuhnya. Ni knowledge yg aku belajar sepanjang 2tahun mengoogle dan banyak bertanya pada doktor. 

PDA


Klasisifaki PDA ni aku terangkan secara ringkas dan dari pemahaman aku. Semasa baby dalam perut ade saluran pernafasan dari ibu kepada anak, kirenye anak bernafas melalui si ibu tapi bile die dah keluar, baby akan mula bernafas dengan sendiri dan saluran yang belum tertutup sepenuhnya masa dalam perut tu akan tertutup secara semulajadi dalam tempoh 1~ 12 hari.. so kes anak2 twins kami ni punye saluran pernafasan tu tak tertutup. Doktor ade bagitahu aku, kalau tak nak tutup bole je, tapi banyak kemungkinan akan berlaku especially dari segi imunisasi dan jangkitan kuman. Lagi pulak dini adalah perempuan, die berkemungkinan akan menghadapi masalah kesukaran semasa mengandung dan melahirkan anak bile dah berkahwin nanti. Ye walaupon masih jauh lagi..aku tetap kene fikirkan untuk kebaikan diri die. 

16.10.2014, tarikh yang ditetapkan oleh doktor untuk lakukan pembedahan pada dini. Alhamdulillah jugak kali ni bukan pembedahan besar macam dina dulu, disebabkan dini dah besar dan mempunyai berat lebih dari 5kg doktor sarankan untuk melakukan pembedahan kecil dimana ade saluran tiub yang akan dimasukkan di pangkal peha terus ke jantung untuk masukkan alat yang bole tutupkan injap jantung yang belum tertutup tu. Hati aku sedikit lega. Ayat pertama yang keluar adalah "sakit tak doktor??" Doktor cakap sakit tu tak la sampai berhari2 rasa sakit macam si kakak dulu..insyaallah hanya akan dirasai 1% dari 100%, hari ni operation esok dah bole keluar hospital. "Puan jangan risau, Insyaallah dini ok" Lega hati sekali lagi. Perbincangan selesai dan kami balik.

So kite tunggu next appointment operation kecil untuk si cantik manis dini nur dalili. Be strong anak ibu. Ayah ibu abg kakak sentiasa ade bersama kamu.

Aku redha atas ketentuan Allah untuk aku. Kali ini tidak setitik pon air mata aku keluar kerana aku tahu aku ade Allah. Aku lebih kuat berbanding dulu, pengalaman banyak mengajar aku erti kesabaran dan kebesaran kuasa allah. Yang pasti aku tak pernah menyalahkan pihak hospital dan klinik kenapa masalah dini tidak bole detect awal walaupon mungkin pihak hospital boleh lebih alert especially si kakak punyai masalah yang sama. Kenapa??? Kan Allah itu sebaik baik perancang.. DIA bagi kami satu persatu..supaya kami ade masa untuk bersedia menanganinya. Supaya kami dapat tumpukan perhatian semasa kakak operation dulu..supaya kami tidak terlalu penat memikirkan pembahagian masa. Aku bersyukur sangat2 sebab Allah memilih aku sekali lagi untuk menghadapi ujian yang sama, itu tandanya Allah sayangkan kami supaya kami tidak akan pernah lupa dan alpa dengan kewujudan-NYA.

KLIK DISINI UNTUK KISAH OPERATION DINA SEAWAL USIA 3 BULAN

No comments:

Post a Comment