ALLAH ITU MENGUJI KERANA AKU MAMPU MENGHADAPINYA

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..itulah tajuk entry mak biz shaklee aku tentang pengalaman yang hampir sama dengan kisah hidup aku http://aboutnora.blogspot.com/2014/05/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html. Dan kerana kisah hidup tentang anak yang hampir serupa ni la yg membuatkan aku memilihnya menjadi mak biz shaklee aku.

Ok jom start nak share dengan korang pasal tajuk kat atas tu. Actually impian nak jadi WAHM dah lama dah. Especially bile danial dilahirkan. Rasa memang malas nak masuk kerja balik, tapiiiiiiii apekan daya banyak bende perlu difikirkan masa tu. Duit simpanan n gaji cukup sekadar nak rolling makan, pakai, bayar hutang tiap bulan. So bertabahlah ye.


twins girl


Keadaan mula berubah bile aku disahkan mengandung kembar. Gembira tak terkata, Allah bagi aku rezeki berganda. Sepanjang kehamilan aku tidak mengalami alahan yang teruk, cuma lebih cepat penat dan letih. Selepas kelahiran twins keadaan semakin bertambah baik sebab kami dah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kali ni aku bersalin kaedah caeserean sekali lagi kerana kedudukan twins dalam posisi songsang. Masa ni alhamdulillah duit simpanan cukup untuk tampung dan bole buat simpanan. Seminggu lepas kelahiran twins dapat jaundice yang sangat tinggi, dari kampung aku dan mak dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Bayangkan la baru je lepas operate 7hari, kalau ikutkan memang xcukup kebah lagi tu. Luka pon masih nampak belahan masih merah. Tak pe aku kuatkan semangat demi twins. Dalam pada masa yang sama aku tetap amalkan makanan berpantang, sentiasa pakai stoking. Baju jgn cakap la...lepas letak minyak angin pakai baju t-shirt lepas tu pakai baju sejuk.. Almaklumlah dalam masa pantang ni kalau xjaga betul2 memang boleh bentan, demam dan sebagainya. Buat demi kebaikan diri sendiri dan anak.. Kalau malas nak berpantang please change your mind set. Kesian kat anak korang. Bayi sangat mudah terkene jangkitan, jadi sebagai mak dalam tempoh pantang mesti jaga pemakanan dan pemakaian. Walaupon aku duduk berkampung dekat Hospital, bukan halangan untuk tidak boleh berpantang. Walaupon agak leceh aku mesti kene laluinya demi anak2.




Doc bagitau aku si adek punye paras bacaan kuning terlampau tinggi, walaupon berat die 3.2kg tapi still tak dapat tampung paras bacaan kuning tu. Doc suruh aku bertenang dan beri suggestion untuk adek ditukar darah. Masa tu aku rasa nak pengsan, nak pitam, nak nangis semua pon ade. Air mata dah start berlinang, doktor suruh aku bincang dengan suami. Lepas perbincangan dengan suami aku relakan walaupon hati rasa berat especially doktor cakap darah yang nak digantikan tu dicucuk di bahagian perut. Allahuakbar!!! Aku rasa kalau tempat tu bole diganti, aku sanggup.. dalam usia baru je seminggu dilahirkan nak kne cucuk kat perut, MasyaAllah aku tau bertapa sakitnya wei kene cucuk tu. Actually pada mulanya aku seakan berat untuk terima kenyataan, kalau bole aku tak nak adek tukar darah, tapi lepas diberi consult dari doktor aku setuju. Kakak pulak bacaan kuning pon agak tinggi tapi masih di tahap kawalan dan tak perlu tukar darah. Lepas 4 hari berkampung dekat hospital aku dibenarkan discharge, Dalam tempoh sebulan selang 3hari je aku kne berkampung balik ke Hospital untuk pantauan kuning dina & dini. Dengan xde pengalaman jaga twin dalam keadaan terpaksa aku MESTI kene jaga. Rentetan kes prolong jaundice yang twnis alamai, Dina dan Dini disahkan mempunyai penyakit hypothyrodism dimana mereka perlu bergantung pada ubat untuk pertumbuhan iq mereka sepanjang 3tahun.



Sebulan lepas twins lahir bermula kisah yang sangat mencabar hati nurani aku dan suami. Allah uji kami sekali lagi, melihatkan keadaan saiz badan dina yang semakin kurus dan kulit tidak seperti bayi lain terdetik untuk bertanya pada doktor kenapa fizikal Dina tak sama seperti Dini, berat sangat jauh berbeza. Masa ni aku bukan la nak negative thinking tapi sebab nampak ketara sangat perbezaan dorang. Yang paling ketara bile aku beli stokin sebulan yang lalu boleh ngam2 disarung, tapi semakin hari semakin longgar. Aku meminta doktor check betul2 kondisi Dina. Bukan meragui kepakaran doktor tetapi aku yang menjaga mereka dan mereka anak aku. Aku nampak perubahan itu. Sepanjang sebulan tu aku perasan Dina akan tersedak setiap kali aku susukan die. Walaupon breast aku bukan dalam keadaan bengkak susu. aku rasa korang faham kot kalau bengkak susu, air susu yang mengalir agak deras berbanding dengan kedaaan payudara yang tak bengkak.

Sangkaan ku memang tepat, should be something wrong with Dina. Doktor suruh kami pegi bawak dina kebilik X-Ray, Lepas tu suruh kami balik dulu untuk tunggu result X-Ray. Aku mintak doktor bagi keputusan hari tu jugak, nasib baik doktor tu agak tolerate. Aku sanggup tunggu walaupon sehari suntuk kami tunggu result tu. Lepas dapat result kami dipanggil masuk, YES!! Dina is suspect heart failure. Subhanallah jantung aku berdegup laju, aku dengan husband tak terkata ape. Bile doktor bagitahu aku tentang situasi dina pada kali ini, aku lebih tenang dan rilex, pengalaman dari prolong jaundice, menjaga mereka tanpa pengalaman, tanpa bantuan dari tangan orang lain, tanpa tidur dan rehat yang cukup, perlu bahagikan masa untuk disusukan secara bergilir amat2 menguji kesabaran dan keimanan aku sebagai hamba-Nya. Berdasarkan imbasan X-Ray yang kami tengok, jantung dina mula membengkak, tapi doktor tak boleh nak pastikan secara detail Dina mengalami masalah jantung dari segi ape. Ape yang pasti punca Dina tersedak susu every time aku susukan die terjawab.

Rupenye susu yang mengalir dalam tubuh die selama sebulan tu tak pergi ke saluran yang betul, alih2 pusing kat bahagian jantung tu jugak. Doc suruh kami datang 2 minggu lagi mengikut temujanji dari pakar.  2 minggu kami datang balik, Alhamdulillah kali ni kami datang dengan dapat jawapan yang tepat dari doktor. Dina menghidap penyakit jantung jenis PDA dimana yang aku faham seperti doktor terangkan. Kanak2 yang baru dilahirkan mempunyai injap jantung yang masih terbuka dan perlukan masa seminggu untuk tertutup dengan sendirinya dimana semasa bayi didalam perut injap jantung itu terbuka untuk menerima pernafasan dari ibu untuk die bernafas. Tapi kes dina ni injap jantung die tak tertutup dalam tempoh yang sepatutnya. Kami diberitahu kes Dina perlu di bedah segera bagi mengelakkan lebih banyak komplikasi pada jantung dan diri die. Sekali lagi aku mahu gantikan situasi itu untuk dina. Dalam usia sekecil dina, badan perlu ditoreh!!! MasyaAllah..aku dapat rasa kesakitan itu. Walaupon agak berat untuk kami terima tapi kami redha kerana itu adalah ketentuan-Nya.

Masa ni aku dah masuk kerja, perlu amik banyak cuti untuk check up susulan. Alhamdulillah pihak syarikat memahami situasi kami.  Doktor siapkan surat untuk kami refer ke Institut Jantung Negara (IJN), Tarikh dari pakar untuk pembedahan diberi lebih awal. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupon kami dapat tarikh yang lebih lambat, kami diberi priority untuk que tarikh tu atas tujuan keselamatan Dina. Kalau ikutkan que tarikh kene tunggu lagi 6 bulan. Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Setiap hari setiap saat celik mata je hanya zikir dan doa pada yang Esa mampu aku dan suami panjatkan. Setiap kali lepas solat aku riba Dina, hembuskan setiap ayat2 Al-Quran pada ubun2 nya. Setiap hari,setiap kali dan setiap saat air mata sentiasa rasa nak mengalir, tapi aku harus kuat, aku telan air mata tu. Sebab aku tahu Dina dapat rasakan kesedihan aku, Aku perlu kuat kerana semangat aku itu lah yang akan mengalir pada tubuh kecil Dina dan beri die semangat untuk terus tabah menghadapi dugaan hidupnya.




8.12.2012
Pagi2 kami suami isteri bersiap untuk check in di IJN. Hati rasa sayu kerana terpaksa tinggalkan adek dengan nenek. Alhamdulillah adek sangat senang dijaga cuma merengek bile nak susu. Mungkin die dapat rasa kesakitan yang Dina alami. Sebelum masuk ward Dina perlu buat ECHO dulu nak tgk bacaan denyutan jantung die. Malam tu dah start cucuk jarum kat tangan Dina. Hati aku tiba2 tersentuh, tapi aku pesan pada Dina cakap pada die " Kakak kene kuat, kakak good girl " die hanya senyum pandang aku.

9.12.2012
Suami aku berulang alik dari rumah ke KL tiap hari untuk ambik bekalan susu adek, alhamdulillah stok bekalan susu cukup untuk mereka berdua dan rezeki yang melimpah. Hati memberontak untuk balik untuk tengok si adek, sangat2 seksa bile berjauhan. Masa ni dina diberi ubat untuk persediaan pembedahan esoknya. Doktor bagitahu aku Dina kene puasa start pukul 4 pagi. Sebab die punye sessi pukul 8pagi adalah orang yang pertama. Malam tu aku memang tak tidur, langsung takde rasa mengantuk. Mata sentiasa segar bugar. Kebetulan masa ni aku dah start makan Vitamin Shaklee dan Biz sambilan. Masa malam tu banyak masa aku habiskan dengan bersembang dengan Dina walaupon die tidur nyenyak aku tetap cube untuk bersembang dengan die. Setiap 2jam aku bangunkan die untuk menyusu. Last sesi untuk menyusu pukul 4 pagi, aku susukan die sambil cakap kat die " lepas nen ni akak kene puasa tau sampai esok pagi " sebak je rasa dada ni.


PUASA - MUKE LAPAR

10.12.2012
Lepas subuh doktor datang check, suruh tukarkan baju Dina bersedia untuk pegi ke dewan bedah, pukul 7.30 pagi aku call suami tanya dah sampai mane. "On the way, lagi 15min InsyaAllah sampai"  Alhamdulillah suami sampai sebelum hantar dina ke dewan bedah. Lepas siap breakfast kami pegi ke bilik ward, 15min kemudian doktor datang. Dina dipindakan ke katil sorong, sampai dewan bedah doktor beri peluang aku angkat dina sekali lagi, beri die kata2 semangat. Aku cium die berkali2, aku peluk erat tubuh kecil dina, ku ucapkan dua kalimah syahadah di telinganya, aku pesan sekali lagi pada dina supaya kuat "ibu dgn ayah tunggu kakak selamat jalani pembedahan". Aku dan suami tunggu Dina di luar dewan bedah. Sepanjang waktu pembedahan aku berdoa, baca yasin dan zikir, berdoa supaya pembedahan dapat dilakukan dengan lancar dan berjaya. Tepat pukul 12.30 tghhari nama kami dipanggil. Kami dibawa ke bilik ICU dimana  dina ditempatkan selepas pembedahan. Doktor memberitahu pembedahan telah berjaya, kali ni aku tak dapat bendung kegembiraan, air mata yang selama ini aku telan berjurai jatuh jugak. Ianya jatuh kerana aku gembira walaupon dina masih belum sedar aku cukup bersyukur bile doktor cakap pembedahan telah berjaya. Seperti dapat semangat luar biasa. Kami dibenarkan melawat sehingga pukul 2. Walaupon singkat aku tetap bersyukur kerana dapat melihat kembali wajah kesayangan aku walaupon masih tidak sedarkan diri dan masih perlu bernafas menggunakan oksigen, itu sudah cukup buatkan aku sangat gembira. Aku bisikkan di telinga dina " Kakak kuat, mesti lawan sakit, ibu n ayah sentiasa ade untuk kakak " Guest what?? Air mata dina mengalir !!! Aku nampak...die dengar dan faham ape aku bisikkan pada telinga die cuma die xbole beri tindak balas. Sebaik sahaja doctor beritahu aku keadaan dina, ayat pertama yang keluar dari mulut aku adalah " Bile anak saya bole disusukan atau menyusu " doktor tersenyum dan memberitahu aku sudah boleh mula hantar stok susu untuk 2jam.



Alhamdulillah. Pukul 6 petang sessi kedua untuk melawat, aku bawak sekali stok susu untuk 6jam dina minum dan kali ni aku melawat keseorangan kerana suami perlu balik untuk hantar stok susu untuk dini. 7.45 malam aku balik ke bilik Domintary yang disediakan bagi ibu2 yang menunggu anak2 di ICU. Pukul 11 malam aku terima panggilan dari IJN memberitahu Dina dah ditukarkan kebilik NICU. Alhamdulillah..walaupon masih menggunakan nafas melalui oksigen hati aku mula lega apabila dina sudah ditukarkan kebilik NICU dimana zon kritikal sudah 1 langkah di lepasi.

11.12.2012
Tepat jam 6.30pagi, suami dah terpacak di IJN, aku tahu die jugak tak sabar untuk tatap wajah puteri sulung kembar kesayangan kami tu, selepas aku call die malam semalam tu,  sebelum waktu melawat kami sarapan dulu di kafeteria. Tepat jam 8 aku dan suami pegi melawat dina di bilik NICU. Kali ni kami dapat lihat wajah dina lebih bermaya, wayar2 yang kami nampak di bilik ICU semalam 40% dah di tanggalkan. Setiap 4jam kami dibenarkan melawat dina, dan setiap 4jam tu jugak la kami pantau progress die. Lepas maghrib suami terus balik dan aku pesan pada die tolong ciumkan danial dan dini untuk aku, terlalu rindu yang amat sangat pada mereka. Pukul 10.30 malam, dapat panggilan dari IJN sekali lagi. Alhamdulillah dina boleh ditukarkan ke ward biasa pada esok nya. Syukur Ya Allah kerana mendengar doa Hamba Mu ini.



12.12.2012
Satu tarikh yang sangat cantik, yang takkan dapat aku lupakan. Doktor bagitahu kami Alhamdulillah dina sudah bole bernafas tanpa oksigen dan menunjukkan respon yang sangat positif, sambil berseloroh " dina tak sabar nak jumpe dini la tu "..Dina dipindahkan ke ward biasa dan dibenarkan pulang pada hari ni jugak. Pagi ni kami uruskan bil dan urusan keluar ward. Sebelum dibenarkan balik kami di panggil untuk diberitahu sedikit info tentang kes dina. Doktor bagitahu kami kemunngkinan kes dina ni progress die akan lambat sedikit dari kanak2 normal seperti lambat berjalan sekurang2 nya akan berjalan pada umur 2tahun, lambat duduk, lambat bercakap tapi doktor dah pesan kat kami suami isteri sebagai ibu bapa doa kami amat mujarab, jadi berdoalah.



Kini syukur alhamdulillah, tahun pertama menjaga dina perlu kerapian, banyak menguji dan mengajar aku ape itu kesabaran dan alhamdulillah dini sangat memahami situasi dina. Dini banyak mengalah dan tak banyak ragam. Sangat senang untuk di jaga. Doa kami sehingga kini tidak pernah putus untuk mereka, alhamdulillah dina boleh berjalan pada usia setahun 1bulan di mana selepas 2mgu dini berjalan, see what !! dina juga ade push factor yang bole buatkan dirinya bole buat walaupon doc pernah cakap die akan berjalan sekurang kurangnya pada usia 2 tahun. Semangat yang aku alirkan dulu ternyata menjadi semangat yang luar biasa untuk die lebih kuat dan berdikari. Bercakap jangan cakap la.. sekarang die lah yang paling becok kat rumah ni. Alhamdulillah dina dan dini menunjukkan progress yang tidak ketara, progress yang sama seperti kanak2 seusia mereka.



Oleh kerana mereka berdepan dengan masalah kesihatan since dari kecik, aku akan pastikan diri sentiasa sihat dan bertenaga, nak lengkapkan misi penyusuan selama 2tahun. Alhamdulillah dari ni twins dah pon 1 Tahun 11 bulan, 1bulan lagi untuk lengkapkn misi penyusuan. InsyaAllah pasti berjaya, Aku Boleh!!! Penyusuan ibu sangat penting untuk imunisasi anak2 dan susu ibu adalah yang terbaik.

Danial, ibu ayah doakan abang menjadi anak yang soleh
Dina & Dini, ibu ayah doakan akak & adek menjadi anak yang solehah

Doa kami untuk kalian sentiasa ade, supaya diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak2 yang bijak, taat pada suruhan Allah S.W.T

Percaya pada aura positive yang kite tanamkan dalam diri kite, InsyaAllah positive juga Allah akan bagi.

Jika kite di uji jangan sesekali merasa Allah tidak sayangkan kite, percayalah semakin kerap Allah uji kite berjuta kali Allah sayangkan kite.

Nampak pada luaran semua orang nampak aku seperti tidak punyai perasaan, tetapi disebalik itu hanya Allah sahaja yang tahu, Aku tidak suke berkongsi kesedihan kerana kesedihan akan membuat kite tidak berkeyakinan, memadailah aku kongsi berita gembira kerana aku percaya berkongsi cerita gembira akan membuatkan hari2 yang dilalui sentiasa ceria.

Dan aku redha dengan dugaan Allah kerana aku tahu Allah adalah sebaik baik perancang. sapelah aku untuk pertikaikan ape yang diberi dan aku bersyukur aku mampu hadapinya dengan tenang hanya kerana ku tahu ianya ganjaran yang sangat besar dan sangat manis dapat kami terima yang tidak ada pada orang lain.

Terima kasih mak, kerana kamu aku kenal erti sebenar ape itu seorang ibu, terima kasih mak kerana rela berkorban untuk anak dan cucu, kerana mak aku lahir kedunia ini, kerana doa mak jugak aku sampai ke tahap ini. Terima kasih yang tak terhingga buat mak. Jasamu takkan dapat aku balas dengan wang ringgit, tetapi izinkan aku untuk membalas jasa kamu membesarkan aku dengan menjagamu sehingga ke hujung nyawa kamu. Sayang mak!!!!

Sambungan.... kerana pengalaman jadikan aku WAHM berjaya!!!

No comments:

Post a Comment