Bronchiolitis pada bayi – punca, pencegahan dan rawatan.

Bronchiolitis adalah jangkitan pada saluran pernafasan bawah yang lazim berlaku pada kanak-kana di bawah usia 2 tahun. Biasanya ia disebabkan oleh virus RSV.



Virus tersebut akan menyebabkan keradangan dan pembengkakan pada saluran kecil pernafasan (bronchioles). Dan turut mengakibatkan mukus bertambah dan pekat (kahak)

Keadaan tersebut menyebabkan laluan udara menjadi terhalang (sempit) yang menghasilkan bunyi wheezing (bunyi seakan-akan bersiul apabila bayi bernafas).



Bronchiolitis menyebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak dan meradang, mengakibatkan kesukaran bernafas.

Ini bermaksud, oksigen yang memasuki paru-paru tidak mencukupi dan akan menyebabkan kekurangan paras oksigen dalam darah.

Bronchiolitis adalah penyakit yang sering menyebabkan bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Rawatan yang dilakukan termasuklah memastikan kanak-kanak mendapat makanan atau susu ibu secukupnya, di samping memastikan kanak-kanak boleh bernafas dengan baik tanpa kesukaran.

Kebanyakan bayi dan kanak-kanak pulih dalam masa dua hingga lima hari, namun bunyi wheezing selalunya kekal sehingga seminggu atau lebih lama.

Bagi sesetengah kanak-kanak bronchiolitis boleh menyebabkan penyakit yang serius.

Bayi yang terlalu muda, yang lahir tiDak cukup bulan atau yang memiliki masalah jantung mungkin mendapat masalah serius jika dijangkiti bronchiolitis.

Jika tidak dirawat, bronchiolitis boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti pneumonia.

Oleh itu adalah amat penting untuk ibu bapa mengenalpasti tanda-tanda sekiranya anak mendapat bronchiolitis.

Antara tanda-tanda lazim bronchiolitis ialah :

  • Batuk
  • Bunyi Wheezing
  • Kahak
  • Kadang-kadang hidung tersumbat
  • Kurang selera
  • Sukar menyusu pada bayi

Oleh kerana bronchiolitis disebabkan oleh virus maka ia adalah amat mudah berjangkit. Terutama dikalangan bayid an kanak-kanak yang berada di nursery atau baby sitter. Bayi yang dijangkiti RSV akan menyebarkan virus ini melalui bersin dan batuk.

Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini ialah melalui amalan kebersihan rapi.

  • Pastikan alat mainan tidak dikongsi dengan kanak-kanak yang dijangkiti.
  • Basuh tangan setiap kali sebelum menyentuh bayi dan juga selepasnya.
  • Jangan berkongsi kain, tuala dan bantal dengan bayi lain.
  • Buang segera tisu yang telah digunakan untuk membersihkan hidung dan mulut.
  • Hindarkan dari asap rokok – asap rokok menyebabkan laluan pernafasan semakin sempit dan memburukkan lagi keadaan.


Selain dari itu kanak-kanak yang berusia 1 tahun keatas digalakkan memakan makanan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan imuniti semulajadi badan untuk melawan serangan virus.

Manakala bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, ibu-ibu boleh berikhtiar meningkatkan imuniti dengan memberi susu ibu sekerap mungkin di samping mengambil makanan tinggi vitamin C.

Sehingga hari ini tiada ubat yang dapat merawat segala penyakit berkaitan virus. Oleh itu pencegahan adalah amat digalakkan.

Sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami bronchiolitis, segera dapatkan nasihat doctor untuk rawatan terbaik.

Ingat, pencegahan adalah sentiasa terbaik dari mengubati 


Dapatkan harga istimewa produk shaklee & konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dari saya.

Shaklee Independent Distributor
Mobile : +60123549909
Contact : Mila
Id : 910306
email : ibuddd2012@gmail.com

Click link dibawah utk terus ke Facebook dan mengetahui promosi terkini dan harga istimewa dari saya...


Ingin menjana pendapatan dengan shaklee??? click link dibawah untuk maklumat lanjut

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment