LIKE PAGE UTK FREE GIFT MENARIK

CARA BUAT CORNFLAKES MADU

ASSALAMUALAIKUM KORANG 

Hari ni rasa mood lebih nak buat biskut cornflakes madu. Disebabkan kuih ni paling senang nak buat, so aku cuba untuk buat yang ni dulu. Bahan - bahan yang diperlukan pon sangat simple dan senang cari.. Anak2 aku memang suke kalau bab2 makan ni. Lagi2 bende baru..almaklumlah..mak die ni jarang sekali buat2 kuih camni. Xpe Insha allah lepas ni nak rajin2 kan cuba buat resepi baru..hehehe

Gambar kiri baru tengah bakar, kanan tu baru letak belum sampai 1min..dah habis licin kene bedal...kikiki

Bahan bahan untuk buat Cornflakes Madu
Ni resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap.

  1. 5 cawan Cornflakes
  2. 1/4 cawan madu
  3. 1/4 cawan mentega
  4. 1 1/2 sudu besar gula kastor
Hiasan kat bawah ni ikut suke citerasa korang la nak letak ape
  • Ceri, Taburan Manik atau hirisan badan, biasanya aku letak badam yang dikisar
  • Paper cup, yang ni utk masukkn cornflakes madu tadi, biar senang orang nak makan nanti
Cara Penyediaan:
  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Masa Penyediaan : lebih kurang 25minit, Jumlah Hidangan : Lebih kurang 60pcs la..tu pun kalau tak terus kena bedal..hehehe






KERJA PART TIME




No comments:

Post a Comment