Tips Makanan Diet Lebih Sedap

Assalamualaikum W.B.T

Entry saya kali ni nak sharing dengan korang tentang tips nak jadikan makanan diet lebih sedap dan enak dimakan. Diet ni bukanlah perkara yang disukai ramai..majority antara di kalangan kite ni suke makan main hentam..ikut sedap tekak je. Manataknye..ye la kan..tetibe terbayang makanan sedap2 sure terliur. Ramai yang jarang mempraktikan cara diet sihat seperti memakan sayuran dan bijirin utk diet sihat. Sebenarnye kalau korang semua bijak untuk mengubah suai makanan diet maka tak mustahil ia boleh menjadi sesuatu yang sangat lazat. Jom saya listkan antara tips yang saya praktikkkan dan ianya memang enak dan lebih menarik utk di makan.

7 TIPS MAKANAN DIET LEBIH ENAK

VITAMIN

VITAMIN


  1. GUNAKAN REMPAH SEMULAJADI - rempah semulajadi dipercayai mampu membuatkan makanan berasa lebih lazat. Walaupun di pasaran terdapat bermacam jenis rempah segera tetapi kesan bahan kimia atau zat aditif di dalamnya secara tidak langsung memudaratkan kesihatan. Berbanding rempah yang disediakan sendiri, ia lebih selamat dan rasa lebih sedap dan memikat.
  2. SELITKAN RASA PEDAS - Pastikan rasa pedas mampu meningkatkan selera makan. Jadi tidak salah sekiranya dimasukkan sedikit rasa tersebut di dalam menu diet anda. Gunakan bahan2 seperti cili, paprika, lada sulah serta lada hitam sebagai penambah perasa nanti.
  3. PILIH BAHAN MASAKAN YANG BETUL - Cubalah memilih bahan masakan yang betul2 tepat dengan manu yang ingin disediakan. Pada masa yang sama, pastikan semuanya segar dan bersih. Ingat, bahan yang tidak segar membuatkan anda hilang selera untuk makan lantaran rasanya yang terjejas.
  4. TEPATI WAKTU MEMASAK - Usah ambil mudah perihal waktu menyediakan makanan. Seperti sayur-sayuran dan makanan laut, sebenarnya ia merupakan antara makanan yang tidak boleh dimasak terlalu lama. Jika tidak, rasanya mungkin terjejas. Begitu juga dengan kandungan vitamin di dalamnya yang semakin berkurangan.
  5. KURANGKAN GARAM - Sudah namanya hidangan diet jadi semestinya lah kandungan garam pun perlu dikurangkan. Guna seadanya sahaja dan jangan sesekali berlebihan. Jika tidak, cuba gantikan dengan sos tiram atau kicap kerana rasanya pasti berbeza dan menyelerakan.
  6. ELAK BAHAN RENDAH LEMAK - Jangan sesekali terpengaruh dengan iklan rendah lemak. Ini kerana sesetengah bahan sebegini mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh memudaratkan tubuh. Lebih baik gunakan sahaja bahan yang biasa tetapi kurangkan sahaja jumlahnya.
  7. PILIH DAGING TIDAK BERLEMAK - Sekiranya ingin menggunakan daging dalam menu diet anda, makan perhatikan lelemak yang terdapat padanya. Mungkin rasanya sedikit manis dan menyelerakan tetapi awas boleh jadi ia membahayakan kesihatan.

No comments:

Post a Comment