Cara Rangsang Bayi Merangkak

Ibu harus khuatir apabila bayi tidak merangkak atau cara merangkaknya tidak betul hingga usianya lewat lapan bulan. Tidak boleh merangkak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan khasiat, obesiti, kurang rangsangan merangkak hingga terlambat perkembangan, kelainan gerakan kasar, gangguan keseimbangan dan lain-lain.


Berikut, tip merangsang bayi agar gemar merangkak:


  • Sering meniarapkan bayi semenjak awal. Ini merangsangnya untuk mengangkat tubuh, mengangkat kepala dan bergerak dengan perutnya.
  • Elakkan baby walker, sebaliknya sering menurunkan bayi dari stroller atau gendongan untuk diletakkan di ruang luas dan bersih untuk merangsangnya merangkak. Sediakan alas dari benda-benda berbahaya.
  • Letakkan mainan di hadapan bayi. Bermain agar bayi tertarik, bertepuk tangan atau beri pujian meski bayi baru boleh beralih posisi dengan perut.
  • Beri bayi contoh. Merangkaklah bersama bayi.
  • Tidak terburu-buru merangsang bayi untuk berjalan.
  • Lakukan terapi urutan, senaman atau fisioterapi kerana ada kalanya rangsangan sahaja tidak cukup untuk mengembangkan kemampuan merangkak. Bertemu doktor anda untuk tujuan anda.

Apabila bayi merangkak dengan cara yang kurang tepat, misalnya 'bear crawl' atau merangkak dengan kedua-dua kaki diluruskan, maka harus diperbetulkan.

Apabila bayi terus mengesot, mungkin kerana otot-ototnya lemah sehingga dia tidak boleh mengangkat perut. Ini banyak dialami anak yang menghidap sindrom Down.

Fisioterapi dapat membantu memperbaiki gangguan merangkak dengan cara meningkatkan kemampuan motorik kasar bayi secara khusus, membantu meningkatkan koordinasi, kestabilan dan keseimbangan, mencegah dan membaiki kelainan bentuk tubuh, jika ada.

No comments:

Post a Comment