Tips Tambah Susu Semasa Berpantang




Waktu dalam pantang adalah hari -hari mencabar buat ibu muda. Susu badan tidak memancut- mancut. Bayi pula kerap menangis. Kalau tak kuat semangat, ibu akan suakan susu formula kepada bayi.

Hakikat yang ibu perlu tahu, susu yang terhasil semasa pantang adalah kolostrum, memang dalam kuantiti sedikit. Ianya kerana saiz perut bayi sangat kecil- hanya sebesar guli. Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Mungkin bayi sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia di luar perut.

Kali ini saya kongsikan 5 tips tambah susu badan semasa berpantang. Moga bermanfaat buat semua 

1. Direct feeding sekerap mungkin

Walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup. Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

Tips kekal positif: Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda

Pengalaman saya, 3 hari anak mengamuk sebab tak puas hisap di kedua belah payudara. Tapi relax, tenangkan hati. Ingat, perut anak hanya sebesar guli. Cuba tukarkan posisi menyusu- mungkin anak tak suka posisi tersebut, cuba cek mungkin anda salah makan- anak menangis bukan sebab lapar je, kadang sebab angin, sakit perut sebab makanan yang kita makan, etc

2. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.

Jika ada anak yang berumur setahun lebih atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu. Anak yang dah besar ni tak heran sangat kalau susu sikit, sebab dia dah mula solid. Dan dia lebih expert menghisap untuk pastikan susu keluar.

Jika tiada toddler, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi.
Minimum perah 20 minit untuk setiap payudara.

Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.

3. Minum air sekurangnya 3 liter sehari

Saya sendiri minum berjag- jag air. Rasa macam badan kita ni kena perah- perah. Hahahaha. Kata pun menyusukan anak kan. Anak nak menyusu, mesti lah banyak liquid keluar dari tubuh. Lagipun, salah satu komponen utama susu ibu adalah air.

4. Pastikan anda tidak skip meal.

Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang. Makanan yang tinggi kandungan protein pula membantu susu menjadi bertambah pekat.

5. Amalkan makanan tambahan.

Makanan tambahan ni bahasa english nya supplement. Ia turut merangkumi makanan seperti kurma, longan, lobak putih, etc. Kira kurma tu adalah supplement juga ya Saya sendiri mengamalkan supplement Shaklee. Alhamdulillah hari ke-4 pantang dah mula bengkak susu. Sekali perah untuk sebelah payudara, dapat lebih kurang 5 oz. Alhamdulillah 

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Happy Breastfeeding!

Jika anda berminat untuk mendapatkan Supplement Penyusuan Set Breastfeeding Shaklee,



Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya seperti yang tertera :-
SITI JAMILAH MAT YUSOF
CONTACT

Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-
♥ Jadual Makan Vitamin
♥ Konsultasi percuma berterusan secara Exclusive
♥ Jemputan ke group Facebook Exclusive
♥ Peluang menjana income dengan Shaklee
♥ Jika anda berdaftar dibawah group bimbingan saya dan ingin menjadikan Shaklee sebagai Biz utama yang menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga. Jom tanya saya (^__^)

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

No comments:

Post a Comment