Sila la lihat gambar kat bawah ni..dah bersedia nak tips terpaksa berjaya dengan shaklee biz??
Bermula sebagai SID Shaklee yang mencari produk penyusuan, register ahli selepas 2 minggu dapat lihat hasilnya yang sangat memberangsangkan dan mengikut consult dari mak shaklee aku, Alhamdulillah journey to success aku bermula. Selepas register ahli, aku cakap dekat upline aku mami nora nak register member sebab nak continue makan vitamin shaklee dan nak beli dengan harga ahli. Bukan nak bukak pekung di dada. Tapi masa aku bermula dulu tidak menjadi kesalahan untuk SID jual harga ahli asalkan tidak menjual bawah harga ahli lagi pulak aku nak tumpang order je pon dekat mami nora. Kenapa aku nak jugak daftarkan diri sebagai ahli? Sebelum aku beli vitamin shaklee aku ade tanye dekat mami nora ape benefit jadi ahli, salah satu nya kite dapat beli dengan harga ahli yang mana jauh lebih murah 20% dari harga retail. Dan kalau entitle dan berminat untuk berbiz die akan guide. Opcos la kan..takkan nak biar anak biz terkontang kanting..Wow!!! menarik bukan?? Yes tanpa banyak bunyi aku bayar rm75 untuk register ahli tu. Masa tu aku pikir kalau ade rezeki aku nak dapat bonus shaklee alhamdulillah, kalau tak de pon tak rugi ape pon. sebab memang niat register ahli sebab nak entitle harga ahli.
Bonus pertama yang tak dijangka!!!
Hanya kerana sharing kuantiti air susu yang di perah lebih banyak dari biasa mengubah persepsi aku terhadap dunia biz shaklee. 2 angka bonus pertama yang shaklee bagi membuka mata aku untuk terus melebarkan sayap dan bertanya pada mami nora ape yang perlu aku buat untuk mulakan biz. Ye..aku jugak bermula dari zero macam korang yang baru mula2 register sebagai SID. Masa ni masih belum arif tentang ape pentingnya vitamin dalam badan kite. Yang aku tau aku nak vitamin banyakkan susu dan dalam pada masa yang sama nak diri lebih bertenaga. Alhamdulillah aku jugak memang tak masalah untuk minum air dalam kuantiti yang banyak. Almaklumlah masa ni ilmu sangat cetek.
3angka bonus bulan ke-2
Wah!!! ianya semakin meningkat.. Bulan ketiga dengan 3angka, bagi aku yang makan gaji buat secara part time 3angka ni dah cukup besar ( masa ni la..kikiki..sebab ilmu masih cetek, belum kene brainwash ). Masa aku buat ni suami bukan tak menyokong tapi lebih kepada sikap berhati2. Takut isteri kene tipu dengan Biz MLM sekali lagi. Tapi aku tegaskan kat die, Modal yang aku keluarkan x usik pon duit simpanan anak2 dan simpanan family, hanya laburkan duit RM75 kalau dilaburkan ke kedai kasut Vincci bole dapat yang blink blink. Xpe la..die pantau untuk kebaikan kan. Aku berjaya buktikan pada dia aku tak rasa rugi dan tak membazir dengan laburkan RM75 untuk register ahli Shaklee sebab bulan pertama pon aku dah dapat cover duit register RM75 tadi, bulan kedua pulak aku dapat 4kali ganda dari bonus pertama. Mudah sangat ke biz shaklee ni sampaikan bulan kedua pon dah dapat 3angka, pastu modal ciput rm75 tu je. Eh heloooo mesti la betul..aku takkan berani cakap kalau aku sendiri dah buktikan. Sekarang yes..ianya terbukti. Tu kalau aku buat betul2 tu mau terus naik ke 4angka. Hah !!! nampak tank tinggi angan2 kat situ. Tak pe..angan2 tu mesti d realisasikan, jangan angan tinggal angan.
4angka bonus bulan ke-3
Subhanallah maha suci Allah, Allahuakbar..Allah itu adil..Beri aku peluang untuk terima sebahagian daripada rezeki yang hebat ini. Masa ni suami dah mula sokong sebab die nampak biz yang aku buat ni ade potential untuk buat kami keluar dari comfort zone. Ape yang aku buat sampai boleh dapat 4angka pada bulan ke-3. 1st sekali nak berjaya mesti kene ade mentor, mentor aku mesti la mami nora cantik!! die banyak bagi dorongan, semangat dan ajar tanpa jemu. Korang kalau nak cari mentor carilah org yang paling dekat dengan korang. Dalam biz shaklee kami jadikan Upline dan susur galur sebagai rujukan. Kenapa?? Kerana anada perlu hormat pada upline anda, itu adalah kunci kejayaan. Tak kire la upline korang tu lemau, x terror or xreti nak buat zero macam korang memule join member, tapi wajib kene refer upline, kalau upline korang tak tau pegi la tanye upline si upline korang. Kite bukan budak kecik yang x boleh nak fikir kan, dalam biz jangan biarkan diri terlampau lama untuk bersuap. Cube untuk berdikari, cube untuk membaca, cube untuk mengkaji.
Tanpa di duga rezeki datang bergolek, tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak biz.. Allah sekali lagi memberi rezeki untuk berkongsi rezeki. Allah kurniakan aku anak2 biz yang hebat. Siapa sangka dulunya bermula dari aku seorang dan kini anak2 susur galur bawah aku dah pon beratus, ianya meningkat dan terus meningkat kerana mereka mempunyai misi yang sama, menjemput rezeki dan berkongsi rezeki. Kebanyakan mereka juga bermula untuk makan sendiri dan alhamdulillah mereka sudah pon merasai sebahagian daripada rezeki Allah ini.
11 bulan Part time Shaklee Impian WAHM tercapai
Maha suci Allah yang memberi rezeki dan mendengar setiap doa yang aku mintak. Walaupon doa nak jadi WAHM tu dah lama dah berlalu 3tahun yang lalu, tapi janganlah sesekali berputus asa untuk berdoa dan berusaha. Nescaya Allah Maha Adil dan aku sudah buktikan. Walaupon kami di tahap comfort zone, tapi aku perlu keluar dari comfort zone. Kenapa perlu keluar dari comfort zone?? Rentetan cerita http://ibuddd2010.blogspot.com/2014/06/dugaan-itu-ku-terima-dengan-redha.html membuka mata dan minda aku kenapa aku dan anda semua perlu keluar dari comfort zone. Mungkin sekarang anda tidak mempunyai kekangan kewangan, akan tetapi tak de sape yang tahu ape yang akan berlaku masa akan datang. Pada saat Dina perlu buat pembedahan jantung, walaupon aku tidak kisah berapa kos pembedahan tu aku tetap akan ikhtiar. Alhamdulillah kami mempunyai simpanan. Cube kalau masa tu langsung tak de simpanan. Ape nak buat?? Buntu la kot...RM27k mungkin satu amount yang kecik bagi orang yang berduit tapi tidak untuk keluarga sederhana macam kami, Ianya jumlah yang sangat besar!!! Alhamdulillah duit yang disimpan sepanjang 2 tahun untuk kehamilan kedua, berangan nak bersalin hospital swasta sekali lagi tersimpan rapi. Rupenye Allah itu sebaik2 pengatur perjalanan hidup kite. Walaupon aku bersalin di Hospital PPUM secara percuma, rupenye duit yang disimpan selama 2tahun itu memang untuk kegunaan kos rawatan twins!!
Ni la yg dikatakan persepsi aku terhadap biz shaklee mula berubah, bulan ke-4 dan seterusnya, aku suarakan sekali lagi hasrat untuk berbiz secara serius dan part time kepada suami. nak keluar dari comfort zone. Kali ini die sokong aku 200%, dan kerana restu yang die berikan dan kerjasama die menghulurkan bantuan ketika aku memerlukan, syukur alhamdulillah biz shaklee yang kami usahakan bersama meningkat dan terus meningkat. Belajar dan terus belajar. Aku jugak sangat bersyukur berada di bawah bimbingan dan susur galur yang sangat2 membantu. Susur galur aku bermula dari MASTER NORITA - MASTER CERY - MASTER LYNA NOH - MASTER HADHATINA - NURSALWA ISHAK - ZAINORA KIJ - SITI JAMILAH. Ok...dalam turutan susur galur ni kami bertiga masih belum master pada saat entry ini ditulis ( 18.6.2014 ) dan aku akan buktikan aku mesti jadi MASTER COORDINATOR pada 2015, dan kami semua akan lengkap kan 6 keturunan itu dengan gelaran MASTER COORDINATOR. InsyaAllah anak2 susur galur bawah aku juga akan follow berjaya macam kami semua.
Sahut Cabaran
Suami beri tempoh setahun untuk realisasikan impian bergelar WAHM dengan income part time Shaklee. Belum pon cukup setahun aku dah meet cabaran tu. Yesss i did it. Dengan hanya PART TIME!!! Ape aku buat?? Buat tanpa kata TIDAK..say no to ALASAN. InsyaAllah anda semua bole buat. So bagi korang yang buat biz Shaklee ni sila jangan lepaskan peluang yg Allah bagi ni. Percaya atau tidak ianya boleh mengubah taraf kehidupan kite dan orang lain ianya bergantung pada diri sendiri bukan dari orang lain. Tepuk dada tanya hati ape yang korang akan tinggalkan untuk anak korang disaat korang sudah tiada. Masih jauh lagi perjalanan kami dalam dunia biz shaklee, belajar dan terus belajar, mengajar dan terus mengajar, berkongsi danterus berkongsi, moga dapat membantu lebih ramai orang diluar sana keluar dari Comfort Zone. InsyaAllah..Amin..
Tips nak berjaya dalam ape jua biz yang korang ceburi, sebab dah memang terbukti
- Jangan tinggal solat lima waktu dan solat lah pada awal waktu
- Jaga istiqamah ~ buat biz bukan hanya untuk menguntungkan diri sendiri buatlah ianya kerana ingin berkongsi rezeki dengan orang lain
- Doa dengan jelas ape yang korang nak ~ dan pastikan doa itu ke arah kebaikan
- Banyakkan bersedekah ~ Jangan diungkit kemana perginya duit yang d sedekahkan itu, takut2 ianya sudah jatuh pada tidak ikhlas. Sia2 je kan
- Zakat ~ 2.5% dari pendapatan kite bukan lah utk kite, jadi berzakatlah kerana " membayar zakat, menuai manfaat " Nescaya Allah bagi berlipat kali ganda
- Jaga perlakuan dan Jaga ape yang keluar dari mulut kite ~ Belajar untuk bercakap positive, kerana dengan mendisiplinkan diri untuk sentiasa positive akan memberi kesan yang sangat positive dalam diri anda, jika negative maka negative lah ia.
- Usaha dan tidak putus asa ~ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan die sendiri yang mengubahnya. Part ni aku paling suke sentuh. Dalam biz shaklee nak berjaya sangat mudah. Duplicate mentor yang berjaya. Anda terpaksa dan pasti berjaya seperti mereka. Ni tidak dah usaha 4,8,12 bulan masih takat tu je dah give up. Sila tampar diri sendiri..mesti korang tak nak kan..tapi itulah hakikatnya ramai yang nak berjaya tapi berapa ramai yang sanggup terpaksa berjaya. Aku nak sampai tahap ni pon bukan duduk goyang kaki tapi ape yang aku boleh katakan biz shaklee sangat mudah bile kite jadikan ianya mudah dan follow the rules of biz yang Mentor ajar. Hapuskan alasan kalau dah ber timba2 ade dalam diri korang tu. Aku bukan suruh korang jadi kaya raya tapi jika kite ade peluang untuk UBAH maka UBAHLAH.. Sepanjang buat biz shaklee bile mami nora aku tu follow up sure aku tak kan sesekali say NO, XRETI,MALASLAH,NANTILAH, TENGOKLAH...Nampak ayat tu saimple je..tapi ianya sangat meninggalkan impak yang besar dalam diri anda, dan wujudlah aura negative yang tak septutnya bertenggek kat diri korang..Jika jatuh maka bangunlah.. Helllooooo, kata nak berjaya!!! Jadi sila hapuskan alasanmu hokey. Orang lain bole, die boleh, saya boleh, anda juga BOLEH!!!
- Amalan Rohani ( Dhuha,Tahajjud,Taubat dan sebagainya ) ~ Belajarlah untuk tambah saham akhirat, Nescaya Allah bagi sejuta kali ganda kemudahan jalan untuk kite terpaksa berjaya.
- Nak berjaya perlu ade matlamat ~ pegang matlamat itu dan pastikan anda capai matlamat itu.
Yang ni adalah sebahagian tips berguna yang sempat saya sharing, actually banyak lagi...kite sambung untuk next entry pulak yea. Anda nak juga mahu join special group kami untuk tips2 nak berjaya dengan mudah dan join team shaklee di bawah bimbingan saya bole terus w.apps atau email seperti yang tertera di bawah.
Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-
Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya seperti yang tertera :-
CONTACT |
♥ Jadual Makan Vitamin
♥ Konsultasi percuma berterusan
♥ Jemputan ke group Facebook Exclusive
♥ Peluang menjana income dengan Shaklee
♥ Jika anda berdaftar dibawah group bimbingan saya dan ingin menjadikan Shaklee sebagai Biz utama yang menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga. Jom tanya saya (^__^)
PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!
No comments:
Post a Comment