EPISOD AKHIR KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Tetibe je aku terminat tengok cerita ni. Pelakon lelaki ni dulu macam suam2 kuku. Aku pon tak kenal sape die ni. Tapi ari tu tengok MHI kat TV3 kemain ramai betul peminat die. Layannnnn

Sambil tgu waktu berbuka puasa, lepas azan kalau tak tengok full story, bole tgk tonton je. Tapi macam best jugak la layan cite ni. Sesekali kan...

KERANA TERPAKSAN AKU RELAKAN


Cerita ringkas tentang Drama yang dah nak habis beberapa episode je lagi ni.

Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan diadaptasikan ke drama. Drama ini akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan akan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Dijangka akan ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri #KTAR ini semestinya dinantikan oleh peminat novel ini mahupun peminat setia slot Akasia TV3.

JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin

PELAKON & NAMA WATAK
Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspector Aryan
Ika Nabella - Hasma
Nadia Aqilah Bajuri - Zawati

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN





SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

GAMBAR PELAKON KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN




PELAKON KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya seperti melalui w.apps di talian 0123549909 ( mila )

Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-
♥ Jadual Makan Vitamin
♥ Konsultasi percuma berterusan
♥ Jemputan ke group Facebook Exclusive
♥ Peluang menjana income dengan Shaklee
♥ Jika anda berdaftar dibawah group bimbingan saya dan ingin menjadikan Shaklee sebagai Biz utama yang menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga. Jom tanya saya (^__^)

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!


Shaklee Klang



                           
 KEAHLIAN SHAKLEE                eSell shaklee

No comments:

Post a Comment