Risau anak lambat bercakap???
Bayi kecil yang dulu hanya boleh menangis dan merengek sahaja sebagai cara berkomunikasi lamakelamaan akan menunjukkan perkembangan bercakap pula. Mendengar si kecil mula belajar bercakap memang sangat menggembirakan.
Kedengaran lucu pula apabila bayi anda mengeluarkan butir bicara yang langsung tidak fahami tetapi ia amat membahagiakan. Sebenarnya jika bayi anda sudah mula menunjukkan minat bercakap dengan caranya sendiri, anda perlu membantu merangsangnya agar lebih mempercepatkan kemahiran pertuturannya.
Tip berikut boleh digunakan sebagai usaha merangsang bayi bertutur.
- Interaksi sosial
Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya membantu usaha bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.
- Rajin berbual
Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak lahir lagi akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.
- Beritahu nama semua objek
Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.
- Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.
- Bentuk ritma yang sama
Tahukah anda dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya.
- Mengulang
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.
No comments:
Post a Comment