Menjarakkan Kehamilan Dengan Penyusuan
PENYUSUAN IBU |
Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antaraanak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan semula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.
Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.
Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.
Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.
Kaedah ini sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan jangka masa panjang. Ye la kan, sape yang nak badan sakit2 sebelum waktu umur sakit..walaupon itu semua kuasa Allah S.W.T. Kite wajib untuk menjaganya.
Jadiiii...jom sama2 cube kaedah yang berkesan ni..
No comments:
Post a Comment