Assalamualaikum...
Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana dapat menikmati keindahan ramadhan ke-16. Pukul 4pagi aku bangun untuk tahajjud, lepas je selesai tahajjud terus turun bawah panaskan lauk untuk bersahur. Perut aku tak rasa nak makan nasi, panaskan lauk n masak nasi untuk husband & abg aku je. Untuk sahur Ramdadhan ke16 ni aku ambil Cinch Shake Mix Perasa Vanila + ESP + Kurma je. PD share dengan En.Suami. Vitamin opkos tak tinggal Vita C Plus + B.Complex + Coq Health.
Sambil di temani anak ke-3 si twin adik Dini, ntah bile nak tukar nama ntah. Padahal ibu & ayah memang nak bagi adik pon. Cume belum ade rezeki lagi. Maybe boleh panggil next baby dengan gelaran "baby" kot.
Tu dia makan sambal subuh dik oi!!! |
Lepas solat subuh terus siapkan barang untuk husband pegi kerja, iron baju n seluar die. Sementara tgu anak2 bangun tidur.. siapkan kerja mana yang patut dulu sambil sambil basuh baju. Almaklumla bile dah berlima ni kalu sehari dua tinggal basuh baju memang bertimbun la bakul aku tu..hahahaha.. Lagi2 twin memang suke bab mandi manda ni. Kalau sorang buang air, sorang lagi mesti nak ikut sama, walupon baju tukar pampers. Setiap kali masuk bilik air cuci badan sure xmo pakai baju tadi. Nak tukar baju lain asalkan dari dalam lemari. Ha..mane taknye bertimbun. Pagi ni sambil buat kje sambil layan anak, anak2 pagi2 dah mintak pasangkan cerita FROZEN. Febret story tu!!
Sambil layan anak, sambil layan pm dan w.apps customer. Alhamdulillah hari ni rezeki dapat bonus Shaklee awal. Alhamdulillah jugak order menderu masuk. 3 barang hot yang selalu customer order kat aku ialah Vitamin Shaklee, Baju Kurung Kanak2 dan Pekasam Daging. Ramai yang tanya aku ambik tempahan menjahit tak?? Jawapan aku tak..hehehe..untuk baju kurung kanak2 ni aku memang buat setiap tahun hanya untuk jualan raya..setahun sekali je. Tu pun ready made sahaja, tempahan tak ambil. Pekasam daging pulak kebetulan Ramadhan kali ni laman sosial penuh dengan timeline pekasam daging, aku yang sememangnye peminat tegar daging memang terliur la. Lagi2 bulan ramadhan ni. Mostly customer Shaklee & Baju Kurung aku adalah melayu, if dorang beli aku selitkan la satu dua peket pekasam ni buat gift nak kasi dorang rasa gak. Lagipun aku beli sekali banyak so dapat la murah and mostly aku tau rata2 orang melayu muslim makan daging walaupon bukan semua. Hehehehe..
Tengahhari masakkan simple2 je untuk anak2. Sebab anak2 aku ni jenis yang agak memilih makanan. Tapi febret lauk dorang ayam goreng salut rempah, make sure goreng hangit ckit. Make sure cukup masak, kalau tak cukup masak kalau dorang makan sure muntah balik....hahahaha..
Lepas zohor packing semua barang nak pos untuk order harini. Dalam pukul 3.30ptg aku siapkan anak2. Gerak nak pegi pos laju Glenmarie Shah Alam, aku suke pegi sini sebab pantas je. Lagipon abg kaunter tu dah kenal aku dah. Letak je atas meja timbang cakap ni "bang ni barang saya ye, terima kasih then senyum" ok beressss. Tapi kalau pakai plastik biasa memang alamat lama la kene berbaris tunggu. so to be make sure nak pantas memang kat rumah aku kene beli siap2 plastik prabayar. Aku suke pos laju glenmarie sebab dorang tutup lambat, kalau bukan bulan ramadhan pukul 8.00 malam baru tutup, bulan ramadhan ni pukul 7.30 malam baru tutup. Tapi bulan ramadhan ni aku tak la penah tercongok kat pos laju sampai 7.30 malam. Paling lambat pos pon pukul 5.30ptg. Biasanya kerja2 mengepos ni En.Suami yang buat, tapi untuk hari ni kebetulan banyak order yang masuk, tapi sebab tunggu confirmation payment aku decide untuk pegi pos sendiri.
POS LAJU GLENMARIE |
PLASTIK PRABAYAR SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK |
Balik je dari pos barang, mata anak2 makin layu. Tu tandanya dah mengantuk sesangat. Tak sampai 5min aku beredar dari pos laju anak2 semua dah lelap. Kesian pulak tengok si kakak Dina duduk sampai terlentok badan die. Nasib baik ade port berenti clear tepi jalan. Walaupon agak bahaya aku terpaksa pangku kakak. Kesian sangat tengok die terlentok. But make sure aku drive carefull & safely.
Ini la yang berlaku almost beberapa hari seminggu. Kemana saje aku pergi merekalah peneman setia. Kadang2 boleh sampai bercakar jugak dalam kereta budak2 bijak ni. Lagi kalau bawak kudap2, alamatnye bersepahlah kereta ibu die ni. Bile dah tdo macam ni aman je..hehehe. Aku nak dorang rasa,tengok dan faham ape yang aku buat untuk besarkan mereka. Walaupon sebagai WAHM tak bermakna aku tak bole kesana sini dengan dorang. Ye..aku akui bukan senang utk bawak dorang kesana sini lagi2 anak2 aku ni agak agresif dan xsuke d pegang bile berjalan. So to be make sure nak buat kerja dengan mudah dan tak kelam kabut. Aku akan siapkan keje supaya jadi mudah dan pantas. Ade sesetengah orang anak tak leh makan dalam kereta sebab takut nanti kotor. Jangan terlalu cerewet dalam hal hal macam ni. Sampai kesudah tak siap la keje gamaknye. Kalau siap pon memang lambat la. Kanak2 akan faham sendiri bile dah besar.
Ngam2 waktu Asar aku sampai rumah, Firstly bukak pintu pagar terus parking keta. Then tutup pagar dulu, sekarang ni macam2 bende berlaku especially kes ragut, culik budak dan rompakan. To be make sure untuk safety sebelum turun bukak pintu pagar aku akan pastikan sekeliling rumah selamat. Salah satu amalan yang ayah aku ajar dan menjadi amalan aku dari kecik adalah membaca Doa Keluar Rumah.
Lepas angkat anak2 sorang2 ke dalam rumah dan baring kan dorang sebab semuanya masih lena. Terus ke bilik air amik wudhu' untuk solat asar. Lepas siap solat asar terus tanak nasi, keluarkan bahan nak masak. Harini seperti biasa masak simple2 je macam kebiasaan.
Juadah Iftar Ramadhan Ke-16 |
Pukul 6 siap masak, husband pon balik. Juadah air kebiasaannya husband yang buat. So dah bole rest kejap. Tgu time nak berbuka. Alhadulillah perut masih rilex lagi badan still bertenaga. Maybe sebab sarapan Cinch Mix, ESP dan kurma pagi tadi kot. Selamat berbuka untuk semua umat Islam kat luar sana =)
Berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya seperti melalui w.apps di talian 0123549909 ( mila )
Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-
♥ Jadual Makan Vitamin
♥ Konsultasi percuma berterusan
♥ Jemputan ke group Facebook Exclusive
♥ Peluang menjana income dengan Shaklee
♥ Jika anda berdaftar dibawah group bimbingan saya dan ingin menjadikan Shaklee sebagai Biz utama yang menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga. Jom tanya saya (^__^)
PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!
PERHATIAN: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment