Vitamin Shaklee Tidak Berkesan

Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Assalamualaikum....harap semua sihat dengan pemakanan vitamin yang betul dan nampak kesan kebaikannya. Eh, ada ke makan vitamin tapi tak berkesan? Ok, kalau begitu la keputusannya, meh sini saya nak citer sikit, kenapa vitamin yang korang makan tidak berkesan. 

Sebenarnya, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari. Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan vitamin yang kita makan tu, kita kena tahu kenapa ia terjadi.


1. Tak suka minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice
Nampak banyakkan? Tapi ia sebenarnya mewakili satu jenis air sahaja, iaitu air kosong. Ramai yang ada masalah nak minum air kosong ni dan lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Yelar, ada yang cakap air kosong takde rasa la, takde penarik la, rasa macam makan ubat la...tapi mereka ni tak tahu yang banyak kebaikan minum air kosong ni. 

Tahukah anda:
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!

Saranan:
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Jadi, please jangan malas minum air kosong tau....makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.


2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat tau nak makan sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu.

Tahukah anda:
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.

Saranan:
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Sabar-sabarlah kot yer pun. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Atleast, jarakkan sejam untuk setiap jenis vitamin yang kita makan. Contoh, pukul 8am, makan Lecithin, pastu pukul 9am makan Alfalfa, dan seterusnya. Kalau macam saya, takut terlupa saya setkan kat alarm henfon untuk set masa bila nak makan vitamin. So, insyaAllah takkan terlepas masa makan vitamin.




3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan. Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin. 

Tahukah anda:
Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Saranan:
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.




4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat kalau sehari tak minum air kafein ni kan.

Tahukah anda:
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita takkan dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan rosak disebabkan pengambilan vitamin secara berterusan.

Saranan:
Tolongla kurangkan minuman berkafein ni yer kalau nak manfaat optimum dalam pengambilan vitamin yang kita makan. Kalau dah sehari tu 5 cawan kopi kita boleh minum, apa salah sikit demi sedikit kurangkan kepada 3 cawan..lepas tu, 1 cawan....InsyaAllah lepas tu, kita boleh lepaskan minuman berkafein ni. Macam saya jugak la, dulu setiap pagi akan minum kopi satu gelas untuk sarapan. Tapi sekarang, alhamdulillah dah dapat elak minum minuman kafein. Pagi-pagi minum ESP untuk breakfast dan tak lupa minum air kosong.

5. Pantang larang makan vitamin
Jangan ingat makan vitamin takde pantang larang tau. Ada sesetengah kita makan vitamin hentam kromo jer. Makan vitamin kena ada cara dan jadual pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan bersama-sama.

Tahukah anda:
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil bersama-sama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. 

Saranan:
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang perlu diambil kira ialah:

  1. Vitamin anda HALAL
  2. Vitamin anda SELAMAT
  3. Vitamin anda SEMULAJADI
  4. Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)

TIPS UNTUK IBU MENYUSU

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.

No comments:

Post a Comment