Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperi berikut:
Elakkan pengambilan makanan berasid
- Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
- Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)
Hubungan intim waktu subur
- Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.
Cecair bertukar alkali
- Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalamanfaraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) iniboleh dibeli di farmasi.
Posisi persetubuhan
- Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.
No comments:
Post a Comment