Penyakit Vitiligo

Penyakit SOPAK dalam bahasa perubatan di gelar sebagai VITILIGO.

SOPAK

Ia merupakan sejenis masalah kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok. Dalam masyarakat melayu ada kalanya ia di kenali sebagai sopak.
Penyanyi terkenal iaitu Michael Jackson semasa hayatnya menderita kerana masalah vitiligo. Vitiligo menjadikan kulitnya putih sehingga beliau terpaksa melakukan rawatan berulang-ulang.
Terdapat banyak jenis vitiligo. Ada vitiligo menyerang sehingga kening dan rambut turut gugur atau menjadi putih. Ada jenis vitiligo yang menyerang tubuh badan manakala ada yang mencerahkan kulit muka.
Menurut kajian terkini masalah ini menyerang 3 peratus populasi. Ini bermakna dalam 100 orang TIGA daripadanya mengidap vitiligo.


Vitiligo ialah penyakit yang digelar sebagai autoimmune atau auto antibody di mana ia di sebabkan oleh antibody tubuh pesakit itu sendiri yang membunuh sel-sel warna pada kulit atau pun di sebut sebagai melanosit.
Punca kehadiran antibody ini besar kemungkinan daripada factor genetic. Dalam kes penyebaran antibody melalui factor genetic ini besar kemungkinan ibubapa atau datuk mempunyai DNA yang rosak.
Namun tak kurang juga mereka yang mendapat penyakit ini di sebabkan toksin luar yang masuk kedalam badan.
Saya bertemu rohaya yang mendapat masalah vitiligo selepas mencuba produk kosmetik. Semasa di tingkatan lima dia mula berjinak-jinak dengan produk memutihkan kulit. Selepas dua minggu menggunakan produk itu dia dapati kulitnya menjadi bertompok-tompok putih. Kesan vitiligo Nampak jelas pada hidung dan atas bibirnya. Sebagai penuntut IPTA, Rohaya merasa rendah diri dengan keadaannya dan cuba sedaya upaya menutup dengan kosmetik. Menurutnya masalah vitiligo membuatnya enggan bergaul dengan kawan kawan. Ke mana saja dia pergi dia berasa seolah-olah di perhatikan. Meskipun menutup dengan kosmetik dia masih merasakan sesuatu kekurangan pada dirinya.
Ahmad Shah mendapat vitiligo setelah pulang dari berkhemah di hutan.Dia asalnya tercedera di pipi apabila sebatang pokok kecil dengan daun berduri terkena muka.Akibat daun berduri dia mengalami luka di pipi, pada awalnya kulit muka gatal-gatal dan menjadi kemerah-merahan. Namun seminggu kemudian dia dapati kesan tompok putih mula kelihatan. Luka yang sedikit menimbulkan vitiligo yang semakin lama semakin besar. Besar kemungkinan dalam kes seperti ini balar atau vitiligo di timbulkan oleh toksin dalam kosmetik dan daun dari pokok berduri, ia mencetus tindakan antibody yang akhirnya merosakkan sel-sel melanosit.

Sesetengah penyakit tidak mengancamnya namun ia merosakkan sebuah kehidupan. Itulah yang terjadi kepada pengidap vitiligo yang malu di lihat dengan wajah atau kulit yang berbelang-belang. Bagi mereka yang berkulit putih mungkin masalah vitiligo kurang ketara namun bagi mereka yang berkulit gelap ianya menjadi sesuatu yang memalukan .Trauma pengidap vitiligo sukar di hadapi , ia bukan saja mengganggu pengidap namun juga ibu-bapa mereka kerana bagi orang ramai vitiligo di anggap sebagai penyakit ganjil. Dalam masyarakat kita penyakit ini di takuti bahkan ramai yang merasakan ia ialah satu penyakit berjangkit. Dalam rawatan vitiligo, kaedah terbaik ialah dengan menggunakan cahaya ultra ungu dan ia mengambil masa sehingga enam bulan bagi penyembuhannya. Terdapat juga pil bagi mengurangkan pembentukan antibodi. Beberapa pakar turut mencadangkan kaedah bulla grafting iaitu menanam sel-sel melanosit kekawasan yang putih,dan mendapat kejayaan yang agak tinggi. Sokongan moral dan rawatan berterusan amat di perlukan bagi pengidap vitiligo.ia merupakan rawatan yang lama dan memerlukan komitment tinggi pada pengidapnya.

Balar atau Albino tidak sama dengan vitiligo. Albino terhasil kerana factor keturunan atau genetic. Dalam kes ini DNA yang mengsintesis warna pada kulit langsung tidak ada. Kerana itu mereka mempunyai kulit dan rambut yang putih. Bahkan mata mereka juga mempunyai pigmen yang sangat sedikit yang menjadikan mereka rabun.


No comments:

Post a Comment